Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin kanan jihad IS maut dalam serangan udara Perancis

-

PARIS: Seorang pemimpin kanan jihad bagi kumpulan ‘ Negara Islam di Sahara Besar’ (ISGS), seorang pembantu dan dua orang awam telah terbunuh di timur laut Mali akibat serangan udara Perancis, menurut pusat arahan Perancis di Paris kelmarin.

“Beberapa anggota komando dikerahkan ke kawasan ( selepas serangan udara) mengesahka­n kematian Mohamed Ag Almouner dan salah seorang pengawal peribadiny­a. Mereka turut menemui mayat seorang wanita dan seorang remaja,” menurut satu kenyataan tentera.

Seorang lagi anggota ISGS turut tercedera, bersama dengan dua orang awam.

Ketua pejuang jihad yang terkorban di sebuah kem terpencil di wilayah Menaka adalah “seorang leftenan kepada ketua ISGS”, jurucakap tentera kolonel Patrik Steiger memberitah­u wartawan AFP.

Beliau menambah bahawa “hubungan antara orang awam tersebut dengan ketua pejuang jihad itu adalah masih belum diketahui”.

Kenyataan tersebut menyuaraka­n kekesalan terhadap kematian orang awam dan menyatakan satu siasatan telah dilakukan bagi menentukan bagaimana mereka boleh terlibat dalam serangan.

Operasi Perancis semalaman Ahad lepas hingga kelmarin melibatkan dua pesawat Mirage 2000, diikuti dengan pasukan tentera darat.

ISGS, berpusat di sempadan Mali dengan Burkina Faso dan juga aktif di Niger, merupakan hanya salah satu daripada beberapa kumpulan pejuang jihad di negara ini di mana pasukan tentera Perancis telah berjuang selama beberapa tahun bagi membantu mengembali­kan kawalan kerajaan.

Ia telah diketuai oleh Adnan Abu Walid Sahrawi yang merupakan bekas anggota kumpulan Al-Qaeda di Maghribi Islamik (AQIM) dan turut mengetuai bersama Mujao, sebuah kumpulan Islamis Mali.

ISGS telah mengaku bertanggun­gjawab bagi satu siri serangan, termasuk satu pada Oktober 2017 di Niger yang mengorbank­an empat anggota tentera operasi khas Amerika Syarikat dan empat tentera Nigeria.

Kira- kira 4,000 anggota tentera Perancis telah dikerahkan di lima negara Sahal (Mali, Niger, Burkina Faso, Mauritania dan Chad) sebagai sebahagian daripada operasi antipengga­nas Barkhane.

Bahagian utara Mali telah jatuh ke dalam kawalan pejuang jihad pada 2012 sehingga mereka telah dihalau keluar dari bandar-bandar oleh campur tangan tentera Perancis pada 2013.

Namun Mali, sebuah negara yang kekurangan tanah kediaman bagi sekurang-kurangnya 20 kumpulan etnik, terus menentang serangan jihad dan keganasan antara kaum, yang sering merebak sehingga ke negara-negara jiran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia