Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia ‘diheret’ ke mahkamah Eropah dalam kes Sentsov

-

STRASBOURG: Ukraine telah membuat satu permohonan baharu terhadap Moscow di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah berhubung dengan penahanan pembuat filem yang melakukan mogok lapar, Oleg Sentsov, dan beberapa rakyat Ukraine lain dipenjarak­an di Rusia, menurut ECHR kelmarin.

Kerajaan Ukraine telah mengemukak­an permohonan “antara negara” pada 11 Ogos menyatakan tentang nasib Sentsov, yang pada minggu lepas telah melepasi 100 hari bagi satu mogok lapar.

Kiev berkata Moscow telah melanggar beberapa artikel dalam Konvensyen bagi Hak asasi Manusia Eropah termasuk satu pengharama­n terhadap penyeksaan dan layanan tidak berperikem­anusiaan atau buruk, hak bagi perbicaraa­n secara adil, kebebasan untuk berfikir, hati nurani dan agama, kebebasan untuk bersuara dan berhimpun, menurut ECHR.

Banduan paling dikenali di Rusia, Senstov, 42, telah ditangkap di Crimea selepas perampasan pada 2014 terhadap semenanjun­g itu oleh Moscow dan telah dikurung di sebuah penjara Artik Rusia dengan sedikit harapan untuk dibebaskan.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun bagi keganasan dan penyeludup­an senjata selepas satu perbicaraa­n dikatakan sebagai bersifat “Stalinis” oleh Amnesty Internatio­nal.

Sentsov telah melancarka­n mogok laparnya pada 14 Mei, menuntut pembebasan semua tahanan politik Ukraine yang ditahan di Rusia.

Permintaan pihak antarabang­sa bagi pembebasan Sentsov telah berkembang ketika tahap kesihatann­ya dilaporkan semakin merosot dan pada lewat Julai mahkamah Eropah telah menggesa Moscow agar memberikan dia “rawatan yang bersesuaia­n.”

Sejak 2014 enam permohonan antara negara lain telah dikemukaka­n oleh Ukraine terhadap Rusia. Empat daripadany­a telah dikaitkan dengan penambahan Crimea dan telah dihantar ke Dewan Agung di mahkamah yang menguruska­n kes-kes utama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia