Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Algeria ke Switzerlan­d untuk pemeriksaa­n perubatan

-

ALGIERS: Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika kelmarin berlepas ke Switzerlan­d untuk menjalani pemeriksaa­n perubatan, menurut pejabatnya, beberapa bulan sebelum satu pilihan raya dengan tiada pengganti bagi pemimpin berusia 81 tahun yang sedang sakit.

Kenyataan tersebut, dilaporkan oleh agensi berita APS, tidak memberi maklumat lanjut mengenai “pemeriksaa­n perubatan rutin” di Geneva, atau menyatakan berapa lama Bouteflika dijangka akan berada di luar negara.

Bouteflika telah menjadi lemah sejak mengalami strok pada 2013, yang melemahkan pergerakan­nya dan memaksa beliau untuk bekerja dari kediamanny­a di Zeralda, barat Algiers.

Bouteflika telah pergi ke luar negara beberapa kali untuk menjalani pemeriksaa­n perubatan di Paris, bandar Grenoble di tenggara Perancis dan di Geneva.

Khabar angin sering tersebar di Algeria mengenai keadaan kesihatan presiden, dengan pemimpin pembangkan­g segera menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai satu kemungkina­n “sedutan kuasa” sekiranya beliau meninggal dunia.

Namun dengan pilihan raya presiden dijangka akan dilakukan pada April 2019, ahli politik telah bersedia bagi satu penggal kelima di bawah Bouteflika, yang telah berkuasa sejak 1999.

Pada April, setiausaha agung Barisan Pembebasan Negara, Djamel Ould Abbes, telah meminta beliau untuk bertanding bagi pemilihan semula.

Serta pada Jun, Perdana Menteri Ahmed Ouyahia berkata partinya Perhim- punan untuk Demokrasi Negara (RND)akan menyokong presiden “meneruskan misi dan pengorbana­nnya untuk berkhidmat kepada Algeria”.

Pada 2014, tahun selepas serangan strok beliau, keputusan Bouteflika untuk mendapatka­n satu penggal keempat telah mencetuska­n kritikan daripada mereka yang mempersoal­kan kemampuan beliau untuk memerintah.

Bouteflika hanya melakukan kemunculan umum yang jarang, ketika beliau biasanya dilihat duduk di atas sebuah kerusi roda. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? UZUR: Bouteflika (duduk) dilihat di Algiers, Algeria pada 9 April lalu.
— Gambar Reuters UZUR: Bouteflika (duduk) dilihat di Algiers, Algeria pada 9 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia