Utusan Borneo (Sarawak)

Pejuang jihad Belanda dipercayai ‘terlibat’ penculikan di Afrika Selatan

-

THE HAGUE: Seorang pejuang jihad Belanda yang disyaki telah dipercayai terlibat dalam penculikan berbahaya terhadap satu pasangan dari Britain di Afrika Selatan dan kerana menghubung­i seorang pegawai kanan Negara Islam (IS), lapor media Belanda kelmarin.

Lelaki berusia 29 tahun, hanya dikenali sebagai “Mohammed G.”, telah hadir sekejap di Mahkamah Daerah Rotterdam di mana dia dituduh “berasal dari sebuah organisasi pengganas,” menurut laporan berita Belanda.

Pada awal tahun ini mayat ahli botani Britain yang terkenal Rachel Saunders, 63, dan suaminya Rodney Saunders, 74, telah ditemui selepas mereka hilang semasa satu lawatan untuk mencari biji benih yang jarang ditemui di wilayah timur laut KwaZuluNat­al di Afrika Selatan.

Kedua-duanya dipercayai telah diculik oleh pejuang jihad yang disyaki, yang mengibarka­n bendera IS di sebuah hutan simpan di wilayah di mana pasangan Saunders telah hilang.

Mohammed G., dari wilayah Limburg di bahagian selatan Belanda, telah “disyaki terlibat dalam penculikan maut di Afrika Selatan,” menurut agensi berita negara Belanda ANP.

Pendakwa raya Belanda berkata Mohammed G. “cuba untuk membeli bitcoin” dengan menggunaka­n maklumat kad kredit Rachel Saunders, menurut ANP.

“Dia turut menghubung­i jurucakap IS yang berpangkat paling tinggi di Afrika,”lapor penyiaran awam Belanda NOS, menamakan pegawai itu sebagai Abu Fida, juga dikenali sebagai Mohammed Abdi Ali.

Abu Fida telah ditangkap di Kenya pada 2016 dan menurut maklumat daripada FBI, menerima arahan secara langsung daripada kepimpinan IS di Syria, kata NOS.

Pendakwa raya menyatakan Mohammed G. mengenali dua daripada penculik pasangan Saunders di Afrika Selatan dan turut bekerja dengan seorang suspek yang tinggal di Somali.

“Keempat- empat mere- ka dikehendak­i untuk mengumpul dana bagi menubuhkan sebuah kem latihan di Somalia dan membeli senjata,” jelas NOS.

“Mereka turut mengawal akaun media sosial” dan menasihatk­an bakal pejuang jihad yang ingin pergi ke Libya.

Mayat Rodney Saunders telah ditemui oleh nelayan pada 17 Februari di sungai Tugela di wilayah itu dan dikenal pasti secara positif beberapa minggu kemudian.

Polis tidak memberi maklumat mengenai di mana mayat Rachel Saunders telah ditemui, namun mengenal pastinya secara positif pada Jun.

Polis Afrika Selatan telah menahan empat suspek dikatakan sebagai sebahagian daripada kumpulan di sebalik penculikan pasangan Saunders selepas pemburuan secara menyeluruh di KwaZulu-Natal pada Februari.

Satu siasatan melibatkan beberapa negara masih lagi dilakukan dan Mohammed G. telah ditahan reman, menurut ANP. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia