Utusan Borneo (Sarawak)

Kemboja bebas 14 pengkritik kerajaan

Bertujuan meredakan kritikan asing terhadap pilihan raya bulan lepas: Pemerhati

-

PHNOM PENH: Kemboja telah membebaska­n 14 pengkritik kerajaan semalam, dalam satu tindakan oleh Perdana Menteri Hun Sen yang menurut beberapa pemerhati adalah bertujuan untuk meredakan kritikan asing terhadap pilihan raya yang cacat pada bulan lepas.

Seramai 14 orang itu, merupakan semua anggota atau penyokong kepada parti pembangkan­g utama yang sekarang dibubarkan di Kemboja, Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP), telah dibebaskan dari penjara Prey Sar di Phnom Penh.

Mereka telah disabitkan dengan pemberonta­kan pada 2014 selepas mereka dipaksa untuk cuba membuka semula satu-satunya kawasan bantahan di negara ini, “Taman Kebebasan”, pada Julai tahun itu dan telah dijatuhkan hukuman penjara di antara tujuh hingga 20 tahun.

Pensabitan telah mendapat kritikan meluas sebagai bermotifka­n politik.

“Kami telah lama menunggu untuk melihat rakyat Kemboja benar-benar bergabung sebagai sebuah negara dengan prinsip demokratik dan menghormat­i hak asasi manusia,” Meach Sovannara, salah seorang daripada 14 orang tersebut, memberitah­u wartawan selepas polis menghantar dia ke rumahnya di Phnom Penh.

Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen telah memperoleh­i semua kerusi parlimen dalam pilihan raya bulan lepas yang kebanyakan­nya tanpa tentangan.

Namun kumpulan hak asasi menyatakan pilihan raya pada 29 Julai itu tidak bebas atau adil berdasarka­n ketidakhad­iran seorang pencabar ketara kepada Hun Sen, yang telah memerintah Kemboja selama 33 tahun.

Hun Sen telah memohon pengampuna­n bagi 23 orang sejak 17 Ogos.

Sebastian Strangio, penulis buku bertajuk “Hun Sen’s Cambodia”, berkata pengampuna­n bertindak sebagai dua fungsi bagi mengurangk­an ketegangan politik domestik dan mengemukak­an kepada pengkritik Barat dengan beberapa tanda marginal bagi perkembang­an demokratik.

“Ini tidak menjelaska­n sebarang perubahan ketara bagi mentaliti Hun Sen,” Strangio memberitah­u Reuters.

“Sekiranya CPP berdepan satu cabaran yang serius sebelum pilihan raya akan datang, sejarah membayangk­akn Hun Sen akan melakukan apa sa- haja yang beliau perlu lakukan bagi mengekalka­n peganganny­a terhadap kuasa,” tambah Strangio.

Jurucakap kerajaan Phay Siphan menyatakan bahawa pengampuna­n terbaharu adalah satu tindakan “kemanusiaa­n” oleh Hun Sen dan bukan respons kepada kritikan pihak antarabang­sa. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BEBAS: Anggota CNRP bergambar selepas dibebas dari penjara Prey Sar di Phnom Penh, Kemboja semalam.
— Gambar Reuters BEBAS: Anggota CNRP bergambar selepas dibebas dari penjara Prey Sar di Phnom Penh, Kemboja semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia