Utusan Borneo (Sarawak)

42 raifal polis Paraguay dicuri, diganti dengan senjata mainan

-

ASUNCION: Polis Paraguay sedang menyiasat kecurian 42 laras raifal dari sebuah depoh yang telah digantikan dengan senjata mainan, Menteri Dalam Negeri Ernesto Villamayor menyatakan kelmarin.

Raifal udara telah digantikan dengan replika yang diperbuat daripada plastik atau kayu.

“Kami sedang cuba untuk mengetahui bila senjata itu telah hilang,” kata Villamayor, selepas satu mesyuarat dengan Presiden Mario Abdo Benitez.

Villamayor menyatakan terdapat juga laporan bahawa 90 pistol telah hilang di antara Januari dan Jun pada tahun ini, satu situasi yang menurut beliau adalah “serius” disebabkan oleh potensi bahawa senjata yang diperuntuk­kan untuk polis Paraguay boleh jatuh ke dalam tangan “penjenayah antarabang­sa”.

Walaupun raifal yang diambil telah dianggap sebagai tidak lagi digunakan, ia masih berfungsi. Kecurian telah dikesan semasa satu inventori oleh jabatan senjata dan peluru.

Ia telah disimpan di sebuah depoh senjata di luar Asuncion kerana ia telah digantikan dengan senjata yang lebih moden. Beberapa anggota polis di depoh tersebut telah disoal siasat.

Laporan menyatakan ketua tersebut telah mengaku kepada pegawai atasannya bahawa dia telah menandatan­gani bagi senjata tersebut ketika ia sampai tanpa memeriksan­ya.

Penyiasat mempercaya­i raifal buatan Brazil itu mungkin telah dijual dengan harga $10,000 dalam pasaran gelap.

Ia dipercayai bahawa kecurian senjata tersebut adalah sistematik.

Penyiasat kemudian mengarahka­n satu inventori dilakukan terhadap semua senjata anggota polis dan tentera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia