Utusan Borneo (Sarawak)

Lima didakwa bunuh pelacur transjanti­na di Paris

-

PARIS: Lima orang telah didakwa kelmarin kerana membunuh seorang pelacur transjanti­na yang dikatakan cuba untuk menghalang mereka dari merompak pelanggann­ya di sebuah taman di Paris – satu kes yang menimbulka­n kemarahan di kalangan kumpulan penyokong hak asasi LGBT.

Vanesa Campos, berusia 36 tahun dan berasal dari Peru, ditembak mati pada malam 16-17 Ogos di Bois de Boulogne, sebuah taman yang besar di hujung barat bandar utama Perancis yang telah digunakan selama bertahun- tahun oleh pekerja seks.

Lapan orang ditahan pada Selasa lepas berhubung dengan kematianny­a dan lima daripada mereka sekarang telah didakwa dengan pembunuhan termasuk merompak, menurut seorang sumber perundanga­n, sambil menambah bahawa mereka telah ditahan reman.

Beratus-ratus pekerja seks dan aktivis berarak di Paris pada Jumaat lepas untuk memperinga­ti Campos, memegang bunga mawar putih dan poster yang menuntut “Keadilan buat Vanesa” selain melaungkan, “Pembunuhan pondan, negara telah bersubahat”.

Beberapa kumpulan LGBT telah mengecam satu undang-undang antipelacu­ran yang menurut mereka telah membuatkan tugas Campos lebih berbahaya.

Kumpulan kempen termasuk organisasi hak golongan pondan Acceptess-T telah menyeru pemansuhan undang-undang 2016, yang menganggap sebagai jenayah untuk pembelian seks.

Penganjur kempen berkata ia telah melibatkan hasil pendapatan pekerja seks dan memaksa mereka agar bekerja di lokasi yang lebih terpencil supaya pelanggan mereka tidak dilihat oleh anggota polis – mendedahka­n mereka kepada risiko serangan yang lebih besar.

Membeli perkhidmat­an seorang pelacur boleh dijatuhkan hukuman denda di Perancis sebanyak 1,500 euro, meningkat kepada 3,750 euro bagi kesalahan yang diulangi.

“Undang-undang adalah 100 peratus bertanggun­gjawab bagi kematian Vanesa,” ketua Acceptess-T Giovanna Rincon memberitah­u AFP ketika perarakan pada Jumaat lepas, menyeru bagi “langkah sebenar untuk memerangi transfobia.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT KEADILAN: Orang ramai mengambil bahagian dalam perarakan di Bois de Boulogne di Paris pada 24 Ogos lalu ketika menuntut keadilan untuk Campos yang mati dibunuh seminggu sebelum itu.
— Gambar AFP TUNTUT KEADILAN: Orang ramai mengambil bahagian dalam perarakan di Bois de Boulogne di Paris pada 24 Ogos lalu ketika menuntut keadilan untuk Campos yang mati dibunuh seminggu sebelum itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia