Utusan Borneo (Sarawak)

Jordan tidak dapat terima lebih ramai lagi pelarian Syria

-

AMMAN: Menteri Luar Jordan Ayman Safadi menyatakan kelmarin negaranya telah melebihi kapasitiny­a untuk menerima pelarian dari Syria dan menyokong kepulangan mereka secara sukarela ke negara asal.

Amman menganggar­kan bahawa ia telah menerima hampir 1.3 juta pelarian dari negara jiran yang dilanda peperangan dan menyatakan ia telah membelanja­kan lebih $10 bilion untuk menerima mereka.

Ia telah beberapa kali mengadu bahawa menerima pelarian Syria merupakan satu beban terhadap infrastruk­tur dan sumber terhad negara.

“Kerajaan amat menggalakk­an kepulangan pelarian Syria secara sukarela ke negara asal mereka. Ia tidak dapat dielakkan,” kata Safadi semasa pertemuan dengan ketua pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) Filippo Grandi di Amman, menurut pejabatnya.

Dalam kenyataan tersebut, Safadi menyatakan Jordan telah “melebihi kapasitiny­a” untuk menerima lebih ramai lagi pelarian dari Syria dan bahawa masyarakat antarabang­sa seharusnya menanggung tanggungja­wabnya.

Dalam satu kenyataan Twitter, Safadi turut menyatakan bahawa “kepulangan secara sukarela rakyat Syria” merupakan “satu matlamat utama yang harus disokong oleh semua”.

Kira-kira 650,000 pelarian Syria telah berdaftar dengan PPBB di Jordan sejak melarikan diri dari konflik di negara mereka, yang bermula dengan bantahan antikeraja­an pada 2011, walaupun Amman memberikan satu jumlah yang lebih tinggi.

Pada awal kelmarin Raja Abdullah II memberitah­u Grandi bahawa menerima ratusan ribu pelarian Syria telah memberikan “tekanan yang bertambah” terhadap infrastruk­tur di Jordan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia