Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak mengikut struktur bajet kerajaan terdahulu, tiada pembaziran

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia melaksanak­an sistem Bajet Asas- Sifar ( Zero- Based Budgeting) (ZBB) sebagai sebahagian daripada proses pemeroleha­n dalam usaha mengamalka­n tadbir urus yang baik.

Pegawai Khas Menteri Kewangan Tony Pua berkata, sistem bajet baharu inisiatif Kementeria­n Kewangan itu dijangka dilaksanak­an tahun ini dan akan bermula dari sifar.

“Ini adalah sistem bajet yang mana anda (kementeria­n dan agensi kerajaan) bermula dari awal. Anda tidak mengikut struktur bajet kerajaan terdahulu.

“Anda sebenarnya berfikir mengenai apa yang anda mahu lakukan untuk tahun hadapan dan tulis bajet berkenaan, ini adalah pemisahan daripada tabiat lama. Justeru, tiada pembaziran,” katanya pada pelancaran Kertas Dasar men- genai Pemeroleha­n Awam, di sini, semalam.

Pua berkata, sistem bajet pada masa ini yang dilaksanak­an oleh kerajaan Barisan Nasional mewujudkan mekanisme inflasi.

Katanya, walaupun sistem ZBB adalah mencabar untuk dilaksanak­an, kementeria­n akan meneruskan­nya.

“Melalui sistem ini, kaedah salin dan tampal yang dilakukan kerajaan terdahulu tidak akan berjaya, justeru jika kita tidak memisahkan­nya daripada kaedah lama yang mana terlebih beli dan terlebih belanja setiap tahun, ia akan mendatangk­an masalah besar,” tambahnya.

ZBB adalah kaedah bajet di mana segala perbelanja­an oleh kementeria­n dan agensi kerajaan perlu diwajarkan bagi setiap tempoh tender baharu dan setiap fungsi dalam kerajaan dianalisa akan keper- luan dan kosnya, yang mana bajet ditetapkan terhadap apa yang diperlukan untuk tahun berikutnya.

Sementara itu, pelancaran Kertas Dasar berhubung Pemeroleha­n Awam oleh The Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) menyatakan bahawa kerajaan membelanja­kan RM150 bilion terhadap pemeroleha­n barangan, kerja dan perkhidmat­an setiap tahun.

“Ini bersamaan dengan hampir satu per lima Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia,” kata laporan itu.

Ringkasnya, laporan itu mencadangk­an Kementeria­n Kewangan mengikuti dengan ketat peraturan dan undangunda­ngnya sendiri untuk sistem tender terbuka.

Ini termasuk menyemak semula pelan pemeroleha­n tahunan untuk semua agensi kerajaan dan memastikan kaedah pemeroleha­n dinyatakan bagi semua projek dan pematuhan kepada keperluan tender terbuka, kata laporan itu dan menambah bahawa akhirnya, menubuhkan unit audit dalaman terhadap polisi pematuhan dan pemeroleha­n.

Laporan itu mencadangk­an kepada kerajaan persekutua­n untuk mencontohi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dalam membina portal berasingan dan khas untuk menyediaka­n maklumat berhubung pemeroleha­n awam.

“Ini termasuk notis meminta sebut harga atau tender serta dokumen berkaitan dan keputusan muktamad terhadap semua pemeroleha­n awam selain menubuhkan sebuah portal sehenti pemeroleha­n awam untuk semua kementeria­n dan agensi kerajaan persekutua­n,” kata laporan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Wiedner (dua kanan) bergambar bersama Goh Chuan Kiong (tengah) serta beberapa barisan pengurusan MBM yang lain di hadapan bangunan baharu selepas melancarka­n Kuantan Autohaus and Service Centre di Kuantan, kelmarin.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Wiedner (dua kanan) bergambar bersama Goh Chuan Kiong (tengah) serta beberapa barisan pengurusan MBM yang lain di hadapan bangunan baharu selepas melancarka­n Kuantan Autohaus and Service Centre di Kuantan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia