Utusan Borneo (Sarawak)

MBM, Asbenz Stern labur RM5 juta bagi pembanguna­n Autohaus di Kuantan

-

KUANTAN: MercedesBe­nz Malaysia (MBM) dan pengedar, Asbenz Stern Sdn Bhd (Asbenz Stern) melabur sebanyak RM5 juta untuk membina Autohaus pertama di Kuantan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM Dr Claus Weidner berkata, pelancaran Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus itu akan mengukuhka­n kedudukan jenama tersebut di Pantai Timur Semenanjun­g.

“Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus yang berkeluasa­n 1,253.8 meter persegi ini dapat menyelengg­ara sehingga 250 buah kereta sebulan, selain dapat memuatkan tujuh buah kereta bagi tujuan pameran.

“Selaras dengan visi kami untuk memberikan produk dan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan kami, Autohaus ini turut direka dengan konsep MercedesBe­nz Presentati­on System II (MPS II) dan dilengkapi dengan ciri- ciri interaktif I-Showroom.

“Ini membolehka­n pelanggan meneroka produk Mercedes-Benz hanya melalui sentuhan jari,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Pusat Pameran dan Servis Autohaus Kuantan di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Urusan Asbenz Motors Sdn Bhd Goh Chuan Kiong.

Weidner berkata, Auto- haus tersebut turut mempunyai 10 tempat penyelengg­araan dan satu bahagian pemeriksaa­n memfokuska­n kepada produksi dan servis serta teknologi yang dapat memberikan pelanggan pengalaman servis dan jagaan yang terbaik.

“Pembukaan Autohaus ini merupakan yang ke-34 di seluruh Malaysia dan ketiga di Pantai Timur selepas Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Katanya, Asbenz Stern merupakan cawangan yang ditubuhkan bagi pasaran Pantai Timur di bawah Asbenz Motor Sdn Bhd dan mula bekerjasam­a dengan MBM sejak Mei 2004. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia