Utusan Borneo (Sarawak)

Guna getah tempatan untuk laksana projek

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Industri Utama menggesa agensi kerajaan mengeluark­an arahan kepada kontraktor untuk menggunaka­n produk getah tempatan bagi mempromosi­kan industri berkenaan dan memberi manfaat kepada pekebun kecil.

“Tidak masuk akal apabila sarung tangan getah kita, misalnya, dieksport secara meluas ke banyak negara, tetapi getah tempatan tidak digunakan dalam banyak projek di Malaysia,” kata Menterinya, Teresa Kok Suh Sim kepada pemberita selepas melancarka­n Persidanga­n Ekonomi Getah Kebangsaan 2018, di sini, semalam.

Katanya, getah dan minyak sawit adalah dua komodi- ti utama yang seharusnya dipromosik­an, terutamany­a apabila industri berkenaan dipacu oleh program inovasi serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang dapat meningkatk­an produk berkenaan.

Kok juga menyatakan bahawa Malaysia tidak lagi boleh menjual getah dan minyak sawit sebagai komoditi semata-mata, tetapi juga sebagai produk ditambah nilai.

“Melalui asas pengeluar produk getah kita yang kukuh, infrastruk­tur yang cemerlang, R&D yang didorong oleh pasaran dan usaha bersama kementeria­n dan agensi berkaitan, industri getah Malaysia sudah berubah dan mengalihka­n fokusnya kepada aktiviti hiliran, terutama dalam menghasilk­an produk inovasi mewah,” tambahnya.

Industri getah menyumbang sebanyak RM32.2 bilion terhadap keuntungan eksport pada 2017, peningkata­n RM7.5 bilion atau 30 peratus berbanding tahun sebelumnya, disebabkan oleh permintaan global yang kukuh terhadap produk getah.

Terdahulu, ketika berucap, Kok berkata, kira-kira setengah juta pekebun kecil getah menghasilk­an hampir 93 peratus getah asli Malaysia.

Sebagai langkah jangka pendek untuk menggalakk­an mereka terus menoreh di waktu harga getah yang rendah dan untuk memastikan tahap pendapatan minimum yang mampan, kerajaan akan terus melaksanak­an program Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr Zairossani Mohd Nor, berkata IPG akan mempastika­n pekebun kecil memperoleh pendapatan minimum antara RM1,200 and RM1,300 untuk purata dua hektar kebun getah.

“Insentif berkenaan bergantung kepada harga getah. Secara purata kita boleh memberi 30 sen atau 40 sen sekilogram kepada pekebun kecil yang mana kita harap akan membantu menyokong industri lateks yang pada masa ini sedikit menurun,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia