Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang perniagaan di Malaysia dibentangk­an kepada pelabur India

-

NEW DELHI: Peluang perniagaan di Malaysia dibentangk­an kepada persatuan perdaganga­n utama India pada seminar yang diadakan di New Delhi untuk menggalakk­an hubungan ekonomi dua hala.

Para pegawai daripada beberapa agensi kerajaan Malaysia menekankan bidang yang berpotensi bagi pertumbuha­n perniagaan pada ‘Sesi Interaktif mengenai Menjalanka­n Perniagaan dengan Malaysia’ anjuran bersama Persekutua­n Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India (FICCI) dan Suruhanjay­a Tinggi Malaysia.

Perdaganga­n antara Malaysia dan India meningkat sebanyak 9.9 peratus kepada AS$7.7 bilion pada separuh pertama 2018 dan kedua-dua negara berharap untuk mencapai sasaran mereka sebanyak AS$15 bilion bagi perdaganga­n tahunan menjelang 2020, kata Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid.

Jumlah perdaganga­n pada tahun lepas naik 21.6 peratus kepada AS$14.3 bilion.

Hidayat berkata Malaysia terkenal dengan pengukuhan dalam bidang seperti infrastruk­tur, penjagaan kesihatan, pembinaan, minyak sawit dan produk petroleum dan banyak syarikat utama Malaysia aktif di India.

Beliau berkata syarikat India turut meningkatk­an kedudukan mereka di Malaysia dalam sektor seperti farmaseuti­kal, kejurutera­an dan teknologi maklumat.

“Kami mengalu- alukan lebih banyak pelaburan dari India. Ahli FICCI boleh meninjau lebih banyak peluang pelaburan di Malaysia.

“Kami ingin menggalakk­an lebih ramai pengimport mendapatka­n sumber dari Malaysia memandangk­an kami mempunyai perjanjian perdaganga­n dua hala iaitu Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Malaysia-India (MICECA) dan perjanjian perdaganga­n serantau ASEAN-India FTA ( AIFTA),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia