Utusan Borneo (Sarawak)

Country Garden perjelas isu mengenai projek Forest City

-

KUALA LUMPUR: Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd, pemaju dan pengendali projek Forest City di Johor, berkata ia mematuhi semua undangunda­ng dan peraturan dengan kelulusan yang diperlukan untuk menjual unit kediaman dan komersialn­ya kepada pembelian asing.

Katanya, seperti semua projek pembanguna­n hartanah di Malaysia, Forest City mematuhi semua undang-undang dan peraturan dengan kelulusan yang diperlukan untuk menjualnya kepada pembelian asing.

“Menurut Seksyen 433B Kanun Tanah Negara, orang yang bukan warganegar­a dan syarikat asing boleh memperoleh tanah di Malaysia hanya dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

“Kami tidak mengeluark­an sebarang Penetapan Tetap (PR) kepada pembeli asing Forest City,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Country Garden mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak akan membenarka­n warga asing untuk membeli unit kediaman dalam projek Forest City bernilai AS$100 bilion (RM410 bilion).

“Kami tidak akan memberi visa untuk orang datang dan tinggal di sini. Bantahan kami adalah kerana ia (Forest City) dibina untuk warga asing, dan bukan dibina untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli hartanah tersebut,” kata Perdana Menteri pada sidang media di sini kelmarin.

Country Garden berkata pihaknya sedang mendap- atkan penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri, dan ia percaya kenyataan Dr Mahathir mungkin telah dipetik di luar konteks dalam sesetengah laporan media.

“Kenyataan hari ini (kelmarin) tidak sama dengan kandungan pertemuan antara Dr Mahathir dan Pengasas dan Pengerusi Country Garden Holdings Yeung Kwok Keung.

“Mereka mengadakan pertemuan tertutup selama 40 minit dengan Dr Mahathir pada 16 Ogos, 2018, sebelum lawatannya ke Beijing,” katanya.

Katanya pada pertemuan itu, Dr Mahathir mengalu-alukan pelaburan asing yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakk­an pemindahan teknologi dan inovasi yang dapat memberi manfaat kepada pertumbuha­n ekonomi Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? PELABURAN BESAR: Prospek pembeli melihat model projek pembanguna­n Forest City di ruang pameran Country Gardens di Johor Bahru.
— Gambar Reuters PELABURAN BESAR: Prospek pembeli melihat model projek pembanguna­n Forest City di ruang pameran Country Gardens di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia