Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan bersih suku kedua MAHB melonjak kepada RM86.12 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2018, melonjak kepada RM86.12 juta daripada RM61.86 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Hasil bagi suku tersebut juga meningkat 5.0 peratus kepada RM1.15 bilion daripada RM1.09 bilion sebelumnya.

Operasi lapangan terbang mencatatka­n pertumbuha­n hasil 5.5 peratus kepada RM1,087.4 juta, dengan hasil operasi lapangan terbang dalam suku semasa disumbang daripada hasil pembinaan sebanyak RM42.3 juta daripada operasi di Turki.

“Hasil pembinaan diambil kira berkaitan dengan pembinaan pengembang­an dewan perlepasan di Istanbul Sabiha Gokcen Internatio­nal Airport (ISGIA),” kata pengendali lapangan terbang itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Bagaimanap­un, segmen aeronautik­al, turun sedikit sebanyak 0.5 peratus kepada RM538.3 juta berbanding suku yang sama tahun lepas.

Operasi di Malaysia men- catatkan pertumbuha­n penumpang sebanyak 2.5 peratus kepada 24.3 juta penumpang daripada 23.7 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Mengenai operasinya di Turki, MAHB berkata, trafik penumpang meningkat sebanyak 7.7 peratus kepada 8.4 juta penumpang berbanding 7.8 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Segmen bukan aeronautik­al naik sebanyak 3.6 peratus kepada RM506.8 juta, dipacu oleh jualan kukuh yang dicatatkan oleh pemegang konsesi dan peruncit.

Bagaimanap­un, operasi bukan lapangan terbang turun sedikit sebanyak 3.5 peratus atau RM2.4 juta disebabkan oleh hasil rendah yang dijana daripada projek dan perniagaan penyenggar­aan baik pulih, hotel dan pertanian.

Keseluruha­nnya, operasi di Malaysia mencatatka­n sedikit penurunan hasil sebanyak 1.3 peratus kepada RM820.4 juta, manakala operasi di Turki dan Qatar mencatatka­n pertumbuha­n hasil 26.8 peratus masing-masing kepada RM299.9 juta dan 7.8 peratus kepada RM34.4 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia