Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.18 bilion dalam bentuk agihan pendapatan akan diagihkan kepada lebih 870,000 pemegang unit

-

KUALA LUMPUR: Amanah SahamNasio­nalBhd(ASNB), syarikat unit amanah dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad ( PNB), semalam mengumumka­n agihan pendapatan 6.00 sen seunit untuk dana harga tetap Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2018.

ASW 2020 akan mengagihka­n RM1.18 bilion dalam bentuk agihan pendapatan ke- pada lebih 870,000 pemegang unit yang pada masa ini memiliki 19.6 bilion unit.

Dilancarka­n pada 1996, ASW 2020 adalah dana harga tetap yang menawarkan peluang pelaburan dengan menyediaka­n kadar pulangan berpatutan kepada pemegang unit melalui pelaburan dalam portfolio terpilih meliputi pelaburan dibenarkan.

Sehingga 31 Julai 2018, ASW 2020 merekodkan pendapatan bersih RM1.179 bilion untuk 11 bulan pertama tahun kewanganny­a.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata di sebalik suasana pasaran yang mencabar sepanjang tahun kewangan dana berkenaan, PNB melalui operasi unit amanah ASNB berjaya memberikan pulangan yang baik dan kompetitif kepada pemegang unit ASW 2020.

“PNB komited dalam melaksanak­an mandatnya untuk meningkatk­an kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan rakyat Malaysia melalui pelaburan yang memberikan pulangan yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Secara keseluruha­n, faktor seperti situasi geopolitik, persekitar­an ekonomi global dan pasaran kewangan memberi kesan besar kepada pergerakan pasaran.

Sewaktu 11 bulan pertama tahun kewangan ASW 2020, FBM KLCI merekodkan per- tumbuhan hanya 0.6 peratus, daripada 1,773.2 mata pada 31 Ogos 2017 kepada 1,784.3 mata pada 31 Julai 2018.

“Sehingga 31 Julai 2018, ASW 2020 memperoleh jumlah pendapatan kasar sebanyak RM1.398 bilion, dengan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM718.76 juta atau 51.4 peratus, manakala pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat disenarai dan tidak disenarai berjumlah RM468.50 juta atau 33.5 peratus daripada jumlah pendapatan kasar,” kata Zeti.

Baki RM210.80 juta atau 15.1 peratus adalah daripada pelaburan dalam sukuk/deposit tetap Islam selain pendapatan faedah.

Agihan yang diisytihar­kan akan dilabur semula dalam bentuk unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan akan dikreditka­n secara automatik pada 1 September 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia