Utusan Borneo (Sarawak)

‘Shopee 9.9 Super Shopping Day’ kini kembali dengan diskaun sehingga 99%

-

KUALA LUMPUR: Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah melancarka­n pesta belibelah tahunan terbesarny­a, ‘ Shopee 9.9 Super Shopping Day’ pada minggu lalu dengan menganjurk­an acara beli-belah mega selama 14 hari dari 27 Ogos hingga 9 September.

Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang membabitka­n lebih 10,000 penjual, 120 jenama, dan 40 rakan korporat, membawakan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna meliputi semua kategori produk.

Selain itu, menjelang 9 September, Shopee akan turut mengadakan hari bertema hebat, setiap satu dengan promosi menarik, termasuk jualan kilat dan potongan sehingga 99% atas pelbagai produk berasaskan tema tawaran pada hari berkenaan.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, Shopee telah berkembang pesat tahun lepas, dan kini menjadi destinasi beli-belah pilihan bagi pembeli dan penjual bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau.

“Ini merupakan tahun ketiga kami menganjurk­an pesta beli-belah tahunan 9.9 di Malaysia dan dijangka menjadi acara terbesar pernah kami anjurkan.

“Shopee 9.9 Super Shopping Day ini juga dilancarka­n sebagai tanda penghargaa­n kepada semua pengguna kami,” katanya pada majlis pelancaran Shopee 9.9 Super Shopping Day di sini barubaru ini.

Mulai 27 Ogos, pengguna boleh menikmati acara belibelah maraton tanpa henti selama 14 hari, dengan hari bertema setiap 24 jam secara berturut-turut.

Setiap hari, pengguna boleh memanfaatk­an pelbagai promosi dengan tema harian, bermula dengan Pesta Jenama Hebat (Super Brands Festival) pada 27 Ogos.

Pada Pesta Jenama Hebat, rakyat Malaysia boleh memanfaatk­an tawaran luar biasa dengan potongan sehingga 99% untuk produk paling hangat daripada pelbagai jenama kegemaran ramai termasuk Nestle, L’Oreal, Russell Taylors, Honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons dan PETPET.

Shopee telah berganding bahu dengan rakan korporat seperti Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan BHP untuk terus menambah nilai bagi pelanggan selepas mereka tidak lagi berada dalam talian.

Pengguna juga boleh merebut tawaran hebat produk selebriti paling hangat di Shopee Celebrity Squad.

Sejak pelancaran pada Mei, Shopee Celebrity Squad mendapat sambutan hangat daripada peminat bintangbin­tang tempatan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Emma Maembong.

Kunjungi shopee. com. my/99 untuk mendapatka­n maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara percuma menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

 ??  ?? TAWARAN HEBAT: Pesta beli-belah tahunan terbesar Shopee berlangsun­g sehingga 9 September.
TAWARAN HEBAT: Pesta beli-belah tahunan terbesar Shopee berlangsun­g sehingga 9 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia