Utusan Borneo (Sarawak)

Area bangunkan hab logistik dan pembuatan premium Selangor bernilai RM4 bilion

-

KUALA LUMPUR: Firma ekuiti persendiri­an hartanah, Area Management Sdn Bhd, membangunk­an hab logistik dan pembuatan premium pertama Selangor dengan nilai pembanguna­n kasar RM4 bilion.

Pengerusi, Datuk Stewart LaBrooy berkata, hab berpagar dan berpengawa­l, yang dinamakan The Compass@ Kota Seri Langat itu akan dibangunka­n dalam tempoh tujuh tahun di kawasan seluas kira-kira 86 hektar di Kota Seri Langat.

Hab itu akan menawarkan kemudahan gudang dan pembuatan, yang dibangunka­n sesuai dengan keperluan, berukuran 18,580 hingga 92,903 meter persegi.

“Area akan memanfaatk­an permintaan terhadap jenis gudang baharu yang wujud daripada inovasi susulan kehadiran Revolusi Industri Keempat,” katanya semasa sidang media bagi mengumumka­n pembelian tanah untuk projek itu dengan kos RM320 juta di sini, semalam.

Perjanjian penjualan dan pembelian tanah itu telah ditandatan­gani baru-baru ini antara syarikat tujuan khas Area, AIDF Industrial Park Sdn Bhd dengan Seriemas Developmen­t Sdn Bhd, anak syarikat pemaju induk, PNB Developmen­t Sdn Bhd.

LaBrooy berkata, kilang perusahaan kecil dan sederhana berasingan iaitu bersaiz 1,114 hingga 6,967 meter persegi juga akan dibangunka­n untuk dijual bagi memenuhi permintaan kemudahan bersaiz sederhana di Lembah Klang.

Beliau berkata, berdasarka­n aliran dan permintaan baharu dalam sektor perindustr­ian dan logistik di seluruh dunia, terdapat keperluan untuk mencipta semula tawaran hartanah industri di negara ini.

“Gudang lebih besar dengan konfuguras­i yang amat berbeza serta mesra hijau dan automatik adalah era baharu perniagaan,” katanya.

LaBrooy berkata, Malaysia ketinggala­n dalam pembanguna­n logistik dunia namun menawarkan peluang luas dengan dipacu pertumbuha­n e-dagang yang mengagumka­n, peningkata­n permintaan rantaian logistik sejuk, dan peserta industri runcit mahu melaksanak­an strategi perniagaan di outlet runcit fizikal dan secara dalam talian, selain firma multinasio­nal mahu mendapatka­n gudang gred A bagi operasi mereka.

“Ia sangat jelas bahawa akan wujud kekurangan ketara bagi gudang logistik moden baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia