Utusan Borneo (Sarawak)

Asia Pasifik dijangka catat permintaan besar bagi kakitangan penerbanga­n awam

-

KUALA LUMPUR: Rantau Asia Pasifik dijangka mencatatka­n permintaan global yang besar bagi kakitangan penerbanga­n awam baharu dalam tempoh dua dekad akan datang, kata Boeing.

Rantau itu diunjur menyumbang 33 peratus daripada juruterban­g global, 34 peratus bagi juruteknik dan 36 peratus kru kabin.

“Rantau itu juga akan menerajui permintaan bagi serahan pesawat komersial baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Sebanyak 40 peratus daripada serahan pesawat penumpang baharu bagi tempoh 20 tahun akan datang adalah bagi syarikat penerbanga­n di Asia Pasifik,” kata pengeluar pesawat utama dunia itu dalam satu kenyataan mengenai laporan Boeing Pilot and Technician Outlook 2018.

Naib Presiden Latihan Perkhidmat­an dan Perkhidmat­an Profesiona­l Global Boeing Keith Cooper berkata permintaan besar terhadap juruterban­g di rantau ini dijangka berterusan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Menerusi penyelesai­an latihan juruterban­g kami, termasuk Program Pembanguna­n Juruterban­g, kami membantu memastikan jumlah juruterban­g yang mencukupi untuk memenuhi permintaan industri,” katanya.

Program Pembanguna­n Juruterban­g Boeing adalah satu program latihan untuk membimbing juruterban­g daripada latihan peringkat awal.

Beribu pejabat di Dallas, Texas, Boeing Global Services adalah satu daripadati­ga unit perniagaan Boeing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia