Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n infrastruk­tur perlu diberi keutamaan bagi tarik pelabur

-

JOHOR BAHRU: Pembanguna­n infrastruk­tur dan fasiliti di taman perindustr­ian perlu diberi keutamaan untuk memastikan Malaysia terus dapat menarik pelabur selain mempersiap­kan negara untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata Johor merupakan antara negeri yang boleh dijadikan contoh oleh pemaju dalam membangunk­an taman perindustr­ian yang dapat memenuhi kehendak pelabur.

“Kita perlu memastikan kawasan perindustr­ian kita mempunyai infrastruk­tur dan fasiliti yang menepati standard dan kehendak pelabur jika kita mahu terus menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam negara.

“Johor adalah contoh yang baik kerana mempunyai taman perindustr­ian dengan standard dan pencapaian yang tinggi selain pemaju yang baik seperti Kumpulan AME (i-Park @ Senai Airport City) yang dapat dijadikan contoh selain negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Taman Perindustr­ian anjuran Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan kerjasama Persekutua­n Pengilang- Pengilang Malaysia (FMM) di sini.

Ong berkata pelaburan di negeri ini meningkat berikutan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelabur terutamany­a syarikat multinasio­nal (MNC).

“Pemaju juga dapat mem- bangunkan infrastruk­tur selari dengan standard dan keperluan pelabur apabila mereka tidak hanya membina kawasan kilang, tetapi juga fasiliti lain seperti hostel, kawasan rekreasi, auditorium dan hotel yang merupakan ciri-ciri taman perindustr­ian pada masa depan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya pemaju perlu memastikan pembinaan infrastruk­tur dan fasiliti bertepatan dan selari dengan kehendak industri terutamany­a berkaitan kelajuan capaian Internet.

“Kementeria­n akan melancarka­n Pelan Induk Industri 4.0 dalam tempoh dua bulan lagi. Kita telah menyelesai­kan segala proses konsultasi dan perbincang­an dan kini berada pada tahap memastikan setiap agensi kerajaan yang terlibat bersiap sedia sebelum ia dilancarka­n,” katanya.

Sementara itu, Ong berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengeluark­an senarai penuh barangan dan perkhidmat­an yang akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan berkuat kuasa 1 Sept ini.

Katanya senarai penuh itu boleh didapati di laman web Jabatan Kastam dan terdapat banyak pilihan barangan yang dikecualik­an SST.

“Pada masa ini, wakil daripada Kementeria­n Kewangan aktif membuat hebahan dan penerangan mengenai pelaksanaa­n cukai SST.

“Saya juga akan turun padang bersama Menteri Kewangan untuk berjumpa dengan pemain industri bagi menjawab segala persoalan terutamany­a syarikat yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Ong (dua, kiri), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Arhman Abd Rahman (kiri) dan Pengerusi Perdangang­an Antrabangs­a, Pelaburan dan Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor, Jimmy Puah Wee Tse (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Pengurus Jualan dan Pemasaran SP Setia Berhad Zulfikar Mohamad (kanan) ketika melawat gerai pameran replika pejabat kedai di Taman Industri Jaya selepas Merasmikan Forum Taman Perindustr­ian bagi Rantau Selatan ‘Strengthen­ing the Manufactur­ing Ecosystem’ di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Ong (dua, kiri), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Arhman Abd Rahman (kiri) dan Pengerusi Perdangang­an Antrabangs­a, Pelaburan dan Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor, Jimmy Puah Wee Tse (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Pengurus Jualan dan Pemasaran SP Setia Berhad Zulfikar Mohamad (kanan) ketika melawat gerai pameran replika pejabat kedai di Taman Industri Jaya selepas Merasmikan Forum Taman Perindustr­ian bagi Rantau Selatan ‘Strengthen­ing the Manufactur­ing Ecosystem’ di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia