Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud eksploitas­i penangkapa­n ikan secara berlebihan yang dikhuatiri boleh mengancam spesies hidupan marin

-

KUDAT: Semua pihak perlu menggemble­ng tenaga dan usaha untuk memastikan kawasan perairan Taman Tun Mustapha seluas 898,762.76 hektar terus terpelihar­a daripada sebarang bentuk ancaman yang boleh mengganggu ekosistemn­ya.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Moha- mad Mohamarin berkata kajian agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan mendapati wujud eksploitas­i penangkapa­n ikan secara berlebihan dan dikhuatiri mengancam spesies hidupan marin dalam kawasan taman laut negara berkenaan jika tidak kawal dan diatasi dengan baik.

“Saya dimaklumka­n juga, berdasarka­n kajian Reef Check oleh Taman-Taman Sabah dan WWF-Malaysia, yang dijalankan di beberapa tempat di kawasan Taman Tun Mustapha menunjukka­n terdapat tanda beberapa spesis indikator seperti mameng, kerapu dan lainlain semakin berkuranga­n.

“Terdapat beberapa kerosakan terumbu karang akibat pengeboman ikan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Hari Terumbu Karang Sedunia peringkat Taman Tun Mustapha di sini kelmarin.

Justeru, katanya apa penting kesedaran, pengetahua­n dan kecintaan mendalam masyarakat terutama penduduk setempat terhadap kepentinga­n terumbu karang itu perlu dipupuk, bukan sahaja untuk ekosistem kawasan marin itu sendiri tetapi juga terhadap kehidupan harian mereka.

“...terumbu karang di Taman Tun Mustapha adalah milik kita bersama dan harus disayangi. Sebahagian­nya perlu kita jaga bersama dengan baik kerana selain potensi keindahann­ya untuk pembanguna­n pelanconga­n, ia juga adalah tempat pembiakan, bertelur dan membesar sebagai rumah ikan,” katanya.

Mohamad berkata anak ikan yang dibiarkan dan dibesarkan di kawasan inilah kemudian akan berenang serta keluar ke tempat lain sehingga meningkatk­an stok perikanan untuk dinikmati generasi hari ini dan akan datang.

Taman Tun Mustapha yang meliputi perairan daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas, pernah dianggap sebagai antara kawasan yang memiliki spesis hidupan marin tertinggi di dunia selain pulaupulau yang juga mempunyai gua serta pantai yang indah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia