Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah daif di pedalaman Sabah akan diselengga­ra, bina bangunan baharu

-

NABAWAN: Kerajaan Sabah akan memastikan sekolah-sekolah daif di negeri itu, khususnya di kawasan pedalaman, diselengga­ra selain membina bangunan baharu bagi memberi keselesaan kepada pelajar sekali gus meningkatk­an keberkesan­an proses mengajaran dan pembelajar­an.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata langkah itu juga bagi mengatasi masalah persekolah­an dua sesi atau berkongsi bangunan sama antara sekolah rendah dan menengah.

“Ini adalah hasrat utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu memastikan rakyat di kawasan pedalaman dapat pendidikan yang seimbang. Kerajaan yang ada sekarang serius mengenai perkara ini (pendidikan),” katanya ketika berucap pada majlis lawatannya ke Pensiangan, di sini.

Hadir sama ialah Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul dan Timbalanny­a Datuk Dr Mohd Kassim Ibrahim.

Yusof berkata selain membaiki infrastruk­tur pendidikan, kerajaan baharu juga berhasrat memastikan pelajar miskin di luar bandar dapat melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata kementeria­nnya akan meminta autonomi bagi membolehka­n kementeria­n tersebut menyalurka­n peruntukan kerja-kerja menaik taraf dan membina sekolah daif sekali gus memastikan pelaksanaa­n projek itu berjalan lancar.

Sementara itu, Yusof turut mengingatk­an pemimpin akar umbi supaya mengelak mengejar jawatan seperti ketua kampung atau jawatan-jawatan di daerah masing-masing sehingga mengabaika­n soal kebajikan rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia