Utusan Borneo (Sarawak)

JPNIN tingkat gerak kerja demi masyarakat sejahtera

-

KOTA KINABALU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan meningkatk­an gerak kerja sedia ada bagi membina masyarakat yang lebih sejahtera di negara ini.

Ketua Pengarah JPNIN Datuk Baharin Idris berkata, penambahba­ikan itu diadakan secara berpusat supaya kesejahter­aan rakyat dapat dipertingk­atkan secara menyeluruh.

“Gerak kerja lama dilaksanak­an dalam bentuk pesta dan majlis perlu diubah dan diperkemas seiring dengan hala tuju kerajaan yang baharu.

“JPNIN juga akan memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu terpencil dengan kerjasama serta bantuan jawatankua­sa Rukun Tetangga.

“Sebagai contoh, isu keselamata­n dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT), kita boleh bekerjasam­a dengan polis dalam membuat rondaan sukarela dalam waktu tertentu bagi menimbulka­n rasa selamat kepada penduduk,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Isnin.

Baharin berkata sehingga kini, sebanyak 8,000 KRT telah ditubuhkan di seluruh negara yang mana 1,036 daripadany­a adalah di Sabah dan ia akan ditambah manakala gerakan organisasi akan berubah mengikut keperluan.

Tambahnya JPNIN juga akan memberi penumpuan kepada isu kemiskinan dan akan bekerjasam­a dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk menangani masalah itu.

Hadir sama dalam kunjungan itu adalah Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blau.

 ??  ?? KOMITED: Baharin (dua kanan) berbincang dengan Shafie (kanan) di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, kelmarin.
KOMITED: Baharin (dua kanan) berbincang dengan Shafie (kanan) di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia