Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu kerajaan tegur pelancong

-

KOTA KINABALU: Pihak perhotelan, restoran serta orang awam perlu bersamasam­a kerajaan untuk menegur pelancong asing yang dilihat berpakaian atau melakukan perilaku tidak senonoh di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata pelancong asing yang datang ke Sabah perlu faham mengenai isu sensitivit­i di sini agar tidak melakukan sebarang perbuatan mengundang kepada tindakan undang-undang.

“Kes seumpamany­a sudah berlaku apabila pelancong asing menari di atas tembok pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu... kini tular pula pelancong bersiar- siar di bandar raya ini dengan berpakaian agak ‘terdedah’.

“Pertama, kalau datang ke sini, janganlah berjalan-jalan dengan hanya memakai seluar dalam sahaja. Adakah mereka ini juga hanya berpakaian sedemikian di negara masing-masing?

“Semestinya tidak, oleh itu pakailah pakaian senonoh ketika berkunjung ke Sabah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis UmbrElepha­nt Campaign sempena Sambutan Hari Gajah Sedunia 2018, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pelancong terbabit tidak menyertai mana-mana rombongan daripada agensi pelanconga­n dan usaha mengenal pasti mereka agak sukar.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut menyeru kepada orang awam agar bersama-sama kerajaan untuk mengatasi masalah itu.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai berkata, pihak kementeria­n setakat ini tidak membuat laporan polis mengenai perkara itu, tetapi mengadakan siasatan sendiri.

“Kita buat siasatan sendiri mengenai perkara ini dan mahu orang awam bersamasam­a menangani masalah ini dengan menegur.

“Sekiranya perkara ini berlaku di lobi hotel atau restoran, maka pihak berkenaan perlu bertanggun­gjawab untuk menegur mereka,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pekara itu tidak ditangani, akhirnya ia memberikan imej negatif kepada Sabah.

Hadir sama ialah Pengarah Seratu Aatai Dr Nurzhafari­na Othman.

 ??  ?? ATASI KONFLIK: Christina (belakang, empat kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas merasmikan Majlis UmbrElepha­nt Campaign.
ATASI KONFLIK: Christina (belakang, empat kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas merasmikan Majlis UmbrElepha­nt Campaign.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia