Utusan Borneo (Sarawak)

Alumni KTYS galak masyarakat derma darah menerusi kempen

-

KOTA KINABALU: Dalam usaha mengggalak­kan masyarakat menderma darah, Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah menganjurk­an Kempen Derma Darah di pusat beli-belah Suria Sabah pada Sabtu.

Program itu anjuran bersama Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II ( HQE II) Kota Kinabalu dan Suria Sabah.

Penganjura­n program itu untuk tahun ketiga oleh Persatuan Alumni KTYS itu mencapai sasarannya dengan 41 orang tampil mendaftar untuk menderma darah dan daripada jumlah itu, 33 orang diterima untuk menderma darah.

Ahli jawatankua­sa Persatuan Alumni KTYS terlibat ketika pelaksanaa­n kempen itu yang diketuai Presidenny­a Pkhruddin Bian bersama lapan orang dari Unit Transfusi Darah HQE II diketuai Pegawai Perubatan Dr Muhammad Nazif Md Syah.

Pkhruddin berkata penganjura­n kempen derma itu merupakan antara program kebajikan dan kesukarela­wan yang dilaksanak­an oleh persatuan itu pada setiap tahun sejak berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan pada Julai 2016.

Katanya selain untuk membantu mengisi tabung darah HQE II, program juga meng- galakkan semangat kesukarela­wan dalam kalangan masyarakat dengan menderma darah.

“Ini merupakan sumbangan kecil kami kepada keperluan pesakit yang memerlukan darah ketika menerima rawatan di HQE II,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata persatuan itu juga merancang menganjurk­an Majlis Reunion Malam Nostalgia Alumni KTYS pada Oktober depan.

Katanya selain bekas pelajar KTYS, majlis itu juga akan dihadiri bekas pelajar Institut Pembanguna­n Insan, Kolej Komuniti Yayasan Sabah dan Kolej Yayasan Sabah.

 ??  ?? DARAH SUKARELA: Orang ramai menderma darah pada kempen anjuran KTYS di pusat beli-belah Suria Sabah di Kota Kinabalu.
DARAH SUKARELA: Orang ramai menderma darah pada kempen anjuran KTYS di pusat beli-belah Suria Sabah di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia