Utusan Borneo (Sarawak)

227 pelajar terima baucar Yayasan Sarawak

-

BINTULU: Seramai 227 pelajar menerima Baucar Bantuan Pakaian Seragam di bawah Program Penyampaia­n Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak untuk sekolah-sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Samalaju dan DUN Tanjung Batu semalam.

Bantuan seumpamany­a telah dimulakan sejak 2000 dalam pelbagai bentuk.

Dalam pada itu, majlis penyampaia­n baucar bantuan itu telah disempurna­kan ADUN Samalaju Majang Renggi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Assyakirin di Sungai Plan, semalam.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah (Biasiswa Yayasan Sarawak) Zamahari Saidi, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Yusuf Harbi, Penolong Kanan SMK Assyakirin mewakili pengetuany­a Sim Thiam Huat serta pengetua, guru besar, guru-guru, Exco Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan pelajar.

Majang berkata, penyerahan bantuan itu khusus untuk pelajar yang akan memasuki tahun satu untuk sekolah rendah dan untuk pelajar yang akan memasuki tingkatan satu (sekolah menengah).

“Proses penapisan bagi menentukan kelayakan seseorang pelajar yang menerima bantuan itu dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut semalam.

Beliau berkata, melalui pemberian bantuan seumpamany­a, kerajaan berharap dapat memudahkan proses pembelian alat bantu belajar bagi pelajar yang layak, sekali gus meringanka­n bebanan ibu bapa setiap kali sesi persekolah­an tahunan baharu bermula.

“Bantuan pendidikan seperti ini menunjukka­n keprihatin­an kerajaan negeri terhadap permasalah­an dan keperluan rakyat khususnya ibu bapa dan penjaga mereka bagi menangani kos sara hidup dan harga barang yang meningkat,” katanya.

Menurutnya, sekurang- kurangnya bantuan itu dapat menampung keperluan pembelian pakaian seragam sekolah, alat tulis dan bukubuku pelajar di sini.

“Saya berharap bantuan ini akan menjadi satu bentuk motivasi kepada para pelajar memulakan perjalanan menempuh alam persekolah­an baharu di peringkat awal sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah serta berharap para pelajar akan mencapai kecemerlan­gan dengan menimba ilmu sebaik mungkin seperti mana diharapkan ibu bapa mereka,” tambahnya.

Beliau turut menyeru agar para pelajar menceburi bidang kemahiran dan profesiona­l pada masa depan bagi memenuhi keperluan Bintulu sebagai sebuah bandar industri yang semakin pesat membangun.

Selain itu, beliau turut mengingatk­an para pelajar agar tidak terjebak dengan gejala sosial yang boleh memusnahka­n masa depan mereka.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Para pelajar yang menerima Baucar Bantuan Pakaian Seragam merakam gambar kenangan bersama Majang (tengah), Yusuf (empat kanan) serta guru-guru dan yang lainnya.
TERIMA KASIH: Para pelajar yang menerima Baucar Bantuan Pakaian Seragam merakam gambar kenangan bersama Majang (tengah), Yusuf (empat kanan) serta guru-guru dan yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia