Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket curi meter SESCO berjaya dilumpuhka­n hasil kerjasama SPRM

-

KUCHING: Lebih 500 meter tiruan SESCO dan 90 meter SESCO yang dicuri dirampas, manakala anggota sindiket ditangkap dalam operasi yang dijalankan bersama Syarikat SESCO Berhad (SESCO) dan Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia ( SPRM) pada Isnin lalu.

Tangkapan dilakukan di Jalan Acacia dan Permyjaya, Miri dengan pelbagai komponen dan bahagian meter yang digunakan seperti suis, fius, papan litar meter dan sebagainya turut dirampas.

Sindiket tersebut dipercayai menjalanka­n kegiatan mengganggu meter di Miri dan Sibu selama bertahun-tahun untuk kegunaan kediaman, komersial dan perindustr­ian.

“Kami tidak akan berkomprom­i dengan integriti dan mengutuk apa- apa bentuk amalan rasuah yang kuat, kakitangan kami mesti mematuhi undang-undang dan Kod Etika.

“Sesiapa yang terbukti telah bertindak secara menipu atau secara rasuah akan di- tangani mengikut undangunda­ng,” kata jurucakap SESCO.

Dengan tangkapan tersebut, SESCO akan secara aktif meneruskan operasi pemeriksaa­n meter di seluruh negeri dan bekerjasam­a dengan Unit Pemeriksa Elektrik, Kementeria­n Utiliti termasuk agensi penguatkua­saan lain seperti SPRM dan polis untuk membendung jenayah ini.

Pencurian elektrik di negeri ini menyebabka­n Sarawak Energy kerugian RM80 juta setiap tahun dan daripada jumlah ini, RM25 juta dicatatkan di Miri sahaja.

Justeru, SESCO mengingatk­an orang ramai supaya tidak melanggan perkhidmat­an yang menawarkan kecurian elektrik kerana ia merupakan jenayah di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik, yang membawa hukuman denda RM100,000 dan penjara lima tahun.

Orang ramai boleh terus melaporkan sebarang maklumat kecurian elektrik kepada SESCO di talian 082-443535.

 ??  ?? BUKTI: Meter tiruan dan meter SESCO yang dicuri dirampas dalam operasi bersama SESCO dan SPRM di Miri.
BUKTI: Meter tiruan dan meter SESCO yang dicuri dirampas dalam operasi bersama SESCO dan SPRM di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia