Utusan Borneo (Sarawak)

Tepis cabaran sembilan sekolah untuk muncul juara Pertanding­an Memasak Cef Remaja Sekolah Menengah Sarawak 2018

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

B I N T U L U : R e s i p i masakan tradisi unik yang diperbahar­ui agar seimbang zatnya telah menambat hati juri untuk menobatkan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) St Anthony Sarikei sebagai johan Pertanding­an Memasak Cef Remaja Sekolah- Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2018, sekali gus mengetepik­an cabaran sembilan sekolah menengah lain dalam pertanding­an di Ruai Teratai SMK Kidurong di sini, semalam.

Selaku johan, SMK St Anthony Sarikei yang diwakili dua pelajarnya Neestyiano Ubu Ambrose Ganthy, 15, dan Alycia Chiu Zie Wei,15 bersama guru pengiring merangkap pembimbing mereka Mavy@Mary Bilang meraih hadiah wang tunai RM500, sijil, pingat, plak dan produk keluaran Maggi.

Kemenangan dalam pertanding­an dengan tema masakan ‘ Anda dan Maggi. Sajikan Kelainan’ membolehka­n sekolah itu mewakili negeri Sarawak ke Pertanding­an Memasak Cef Remaja Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Alor Setar, Kedah pada Oktober depan.

Hadiah- hadiah telah disampaika­n Ketua Unit Kokurikulu­m Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Alta Abang Katum disaksikan Ketua Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Bintulu Lau Siong Lee mewakili pegawai PPD Bintulu dan Pengetua SMK Kidurong Rosli Salleh serta wakil-wakil pihak pengurusan Maggi dan Nestle Product.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Mary berkata, persiapan dibuat dalam masa yang agak singkat memandangk­an kerja sekolah banyak tetapi beliau yakin dengan pelajarnya serta kemahiran asas mereka, sekali gus memberi mereka ilmu untuk mencuba resipi baharu.

“Resipi yang kami pertanding­kan menggunaka­n bahan Maggi dan Nestle tetapi lebih kepada memperbaha­rui resipi sedia ada kepada bahan baharu dengan membuatnya (masakan) lebih unik serta seimbang, mengutamak­an vitamin, protein dan karbohidra­t seperti dalam syarat suku- suku separuh (makanan sihat),” katanya.

Katanya, resipi mereka juga menekankan kepada kebaikan untuk kesihatan sekali gus untuk cabaran pertanding­an peringkat kebangsaan, mereka akan terus berusaha untuk mendapat tempat terbaik sekali gus mengharumk­an nama Sarawak.

“Selebihnya saya turut mengharapk­an agar pelajar kami tetap yakin dengan

Selebihnya saya turut mengharapk­an agar pelajar kami tetap yakin dengan resipi yang dibuat sendiri dalam cabaran Mystery Box Challenge, namun pada hari ini (semalam) saya cukup kagum dengan apa telah dilakukan. Mavy@Mary Bilang Guru pengiring

resipi yang dibuat sendiri dalam cabaran Mystery Box Challenge, namun pada hari ini ( semalam) saya cukup kagum dengan apa telah dilakukan,” tambahnya.

Tambahnya, pada cabaran peringkat kebangsaan kelak mereka kemungkina­n akan menggunaka­n resipi yang berkaitan dengan Sarawak, menggunaka­n bahan-bahan yang ada di Sarawak bersama bahan Maggi, dan sekiranya ada peluang mencipta resipi baharu yang lebih unik.

Selain itu, kedudukan naib johan dan tempat ketiga pula masing- masing disandang SMK Spaoh Betong dan SMK Merapok Lawas yang meraih hadiah wang tunai RM300 dan RM200 berserta sijil, pingat, plak dan produk keluaran Maggi.

Tempat keempat hingga ke-10 yang menerima hadiah saguhati masing-masing SMK Bukit Lima Sibu, SMK Sibu Jaya, SMK Kampung Nangka Sibu, SMK Merapok Lawas, SMK Trusan Lawas, SMK Sundar Lawas, SMK Spaoh Betong, SMK St Anthony Sarikei dan SMK Kidurong (dua pasukan).

Pertanding­an anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Maggi itu dikelola PPD Bintulu dan SMK Kidurong dengan kerjasama Nestle Products Sdn Bhd sebagai penaja bersama serta dihakimi juri profesiona­l diketuai Cef Muluk (Abdul Muluk Rambli) dari Kuala Lumpur yang juga Ketua Eksekutif Korporat dan Pengurus Latihan Nestle Product Sdn Bhd, serta tiga juri lain iaitu Cef Sharifah Hamidah Syed Mohsin juga dari Kuala Lumpur dan dua cef hotel di bandar Bintulu.

Dalam pada itu, Alta Abang berharap akan lebih ramai sekolah menengah di Sarawak akan menyertai pertanding­an itu pada masa akan datang, sekali gus berharap penganjur dapat menangani permasalah­an sistem dalam talian untuk sekolah yang akan menyertai pertanding­an tersebut.

“P e r t a n d i n g a n i t u menekankan dari aspek kreativiti dalam masakan, menggunaka­n bahan-bahan yang disediakan serta cara menyediaka­n menu yang baik untuk masakan,” katanya sambil menambah ia juga untuk memperkena­lkan produk keluaran Maggi yang bukan sekadar mi segera tetapi untuk merubah persepsi orang ramai bahawa produk Maggi adalah pelbagai.

“Sekiranya tiada program sebegini mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai produk keluaran Maggi dan tanggapan salah mengenai Maggi juga perlu dikikis,” ujarnya.

Terdahulu Lau Siong Lee berkata, pertanding­an itu sebagai titik permulaan para pelajar untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang masakan.

“Masakan enak bukan sahaja kaya dengan ramuan pelbagai dan segar bahkan menepati ciri-ciri makanan tepat yang menyihatka­n badan dengan makan dalam kuantiti ‘Pinggan Sihat Malaysia’ iaitu suku-suku-separuh.

“Kurangkan garam, kurangkan manis, rendah lemak dan kekal aktif sepanjang hari antara petua yang diharap dapat diamalkan semua orang supaya sentiasa sihat pada masa hadapan,” katanya.

B e l i a u b e r k a t a , pertanding­an ini bukan sekadar memasak untuk diri sendiri tetapi kenikmatan­nya adalah memasak bagi dinikmati orang lain dan bukan juga sesuatu yang lewat untuk terlibat dalam bidang masakan kerana memasak adalah satu penerokaan yang boleh diceburi oleh semua orang tanpa mengira had umur.

“Peserta kali ini telah memperoleh­i kemahiran untuk menghasil masakan paling enak untuk diri sendiri dan orang lain dan berharap para peserta akan terus mencapai kejayaan dalam bidang terbabit pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Johan (SMK St Anthony Sarikei), naib johan (SMK Spaoh Betong)dan tempat ketiga (SMK Merapok Lawas) Pertanding­an Memasak Chef Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak merakam gambar kenangan bersama Alta (tengah), Lau, Rosli (kiri), Cef Muluk (kanan) serta cef-cef lain, pihak pengurusan Maggi dan Nestle Product Sdn Bhd.
UNTUK ALBUM: Johan (SMK St Anthony Sarikei), naib johan (SMK Spaoh Betong)dan tempat ketiga (SMK Merapok Lawas) Pertanding­an Memasak Chef Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak merakam gambar kenangan bersama Alta (tengah), Lau, Rosli (kiri), Cef Muluk (kanan) serta cef-cef lain, pihak pengurusan Maggi dan Nestle Product Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia