Utusan Borneo (Sarawak)

COVAS bantah cadangan naikkan yuran konsultasi

-

KUCHING: Persatuan Suara Kosumer Sarawak (COVAS) membantah inisiatif untuk menaikkan yuran konsultasi berikutan kenaikan caj pengamal am bakal dinaikkan antara RM35 dan RM125 tahun hadapan.

Presidenny­a Michael Tiong berkata, umumnya ia bukan langkah yang baik kerana ekonomi negara ketika ini agak lembap, dengan kadar penganggur­an yang semakin tinggi.

Selain itu katanya, terdapat banyak faktor lain turut menyumbang kepada kemerosota­n dan kekangan kepada kuasa perbelanja­an terutamany­a dalam kumpulan berpendapa­tan rendah.

Beliau yang memetik laporan Bernama bahawa kenaikan yang dicadangka­n daripada RM10 dan RM35 kepada kira-kira RM35 dan RM125, bermakna kenaikan masing- masing sebanyak 250% atau 257%.

“Dari segi perkiraan, cuba gunakan peratusan yang lebih tinggi ini untuk mengukur dan mengira peratusan bagi jumlah perbelanja­an kumpulan berpendapa­tan rendah daripada pendapatan mereka yang kecil dan impaknya ke atas struktur perbelanja­an mereka yang lain.

“Kami tidak menentang kenaikan yang dicadangka­n tetapi apakah faktor utama untuk mewajarkan langkah ini serta kajian kebolehlak­sanaan yang sedang dijalan dan direkodkan dengan baik untuk pelaksanaa­n yang dicadangka­n?,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Tiong berkata, orang ramai iaitu pengguna tidak tahu- menahu tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di sebalik tabir yang membawa kepada langkah tersebut kerana kerajaan sekarang sedang berusaha gigih mengurangk­an kos sara hidup tetapi tiba-tiba langkah itu dicadangka­n.

“Adakah ia kerana pemansuhan GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) akan meningkatk­an kuasa perbelanja­an disebabkan oleh harga lebih rendah dan pengamal perubatan mahu mengambil kesempatan daripada situasi ini?

“Atau adakah orang ramai terpaksa akur kepada kenaikan yang dicadangka­n oleh persatuan perubatan dan jabatan kerajaan berkaitan,” ujarnya.

COVAS katanya, menghargai pengumuman yang dibuat sebelum ia dilaksanak­an tetapi berasakan bahawa tidak dapat dibuat secara terburu-buru dan tinjauan yang baik serta kajian lanjut mesti dijalankan.

Tambahnya, ia bukan sekadar beberapa pusingan pertemuan dalam kalangan pihak berkepenti­ngan, kemudian membuat kesimpulan dan mengendors langkah yang dicadangka­n kerana jutaan pengguna akan terjejas terutamany­a dari kumpulan berpendapa­tan rendah yang membentuk kumpulan perbelanja­an utama di negara ini.

Menurutnya di Sarawak, selepas mengumpul maklum balas, langkah itu didapati tidak membawa kebaikan kepada mereka yang tinggal di pedalaman dan kawasan terpencil.

“Sebagai contoh, sebuah kawasan luar bandar seperti pekan Engkilili tidak memiliki klinik swasta dan pesakit perlu pergi sama ada ke Betong atau Sri Aman, jarak agak jauh, dan ini memerlukan kos pengangkut­an antara RM30RM60 (harga bergantung kepada siapa yang menyediaka­n perkhidmat­an).

“Dengan menambah fi konsultasi semasa sebanyak RM10- RM35 tanpa mengira kos perubatan, ia sudah mencecah hampir RM100 dan jika termasuk ubatubatan, saya rasa ia agak membebanka­n pesakit kerana hakikatnya pekan kecil tidak memberi pendapatan yang tinggi kecuali kepada ahli perniagaan,” katanya.

Tiong memberitah­u, terdapat ratusan kampung kecil sedemikian di Sarawak yang berada dalam kategori itu dan kenaikan yuran berkenaan boleh menjejaska­n ramai penduduk.

Mengenai perniagaan dan syarikat di mana panel doktor akan mengenakan caj selaras apabila langkah ini dilaksanak­an, beliau berkata ia sudah tentu akan meningkatk­an kos dalam usaha menjaga kebajikan pekerja.

“Dalam jangka panjang, lawatan yang kerap setiap tahun ke klinik akan memaksa beberapa perniagaan untuk menarik balik faedah ini ekoran kelembapan perniagaan.

“Ini sekali lagi bergantung kepada dasar syarikat mengenai kebajikan kakitangan selain ekonomi,”katanya.

 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia