Utusan Borneo (Sarawak)

Juara Wimbledon itu melangkah ke pusingan kedua kejohanan selepas singkirkan Fucsovics 6-3, 3-6, 6-4 dan 6-0 Selasa lepas

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Juara Wimbledon, Novak Djokovic terkesan teruk dengan cuaca panas di Terbuka AS tetapi berjaya mengharung­inya untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan dengan menewaskan pemain dari Hungary, Martin Fucsovics 6- 3, 3- 6, 6- 4 dan 6- 0 Selasa lepas.

Djokovic, yang bermain perlawanan pertama di Stadium Arthur Ashe sejak tewas kepada Stanislas Wawrinka di final 2016, menerima kesan teruk dengan suhu panas dan kelembapan tinggi yang menyebabka­n penganjur memberikan rehat pemain selama 10 minit buat kali pertama dalam sejarah kejohanan.

“Kami bergelut, dan bukan kami sahaja terjejas dengan cuaca panas ini,” kata Djokovic, yang memanggil jurulatihn­ya yang membawa tuala ais pada lewat set kedua.

“Saya terpaksa mencari satu cara untuk menanganin­ya.”

Sehingga lewat set ketiga, ia adalah “cara bertahan” kata Djokovic, yang mengharung­i permulaan sukar tahun ini selepas pembedahan siku sebelum memenangi kejuaraan Grand Slam ke-13 di Wimbledon.

Kemenangan beliau ke atas Roger Federer untuk memenangi kejohanan Siri Master Cincinnati, meletakkan beliau sebagai pilihan untuk muncul juara di sini, dengan juara bertahan bersama-sama dengan juara bertahan, Rafael Nadal walaupun diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan.

Beliau kelihatan seorang pencabar kejuaraan apabila memenangi 10 permainan terakhir.

Federer, yang diletakkan pilihan kedua kejohanan, tidak terlalu terkesan dengan cuaca panas apabila beraksi pada sesi sebelah malam dan juga tidak menerima tentangan hebat apabila menewaskan pemain dari Jepun, Yoshihito Nishioka 6- 2, 6- 2 dan 6- 4.

Federer, yang memenangi kejuaraan Grand Slam ke-20 dalam kariernya di Terbuka Australia pada bulan Januari, gagal menamatkan permainan lebih awal selepas mendahului 5-1 pada set ketiga, menghadiah­kan tiga mata kepada lawannya sebelum akhirnya mengesa- hkan kemenangan.

“Saya tidak tahu Nishioka pemain yang bagus,” akui Federer tentang pemain berusia 22 tahun yang berada pada ranking ke- 58 pada bulan Mac sebelum kecederaan menyebabka­nnya terkeluar dari senarai 150 terbaik dunia.

“Saya mahu bermain dengan baik pada setiap set. Saya dapat mendahului awal dan mula bermain selesa selepas itu.”

Pada perlawanan lain, pilihan keempat, Alexander Zverev juga tidak ‘berjemur’ lama apabila menewaskan Peter Polansky 6-2, 6-1 dan 6-2 sementara Nick Kyrgios dari Australia menewaskan Radu Albot dari Moldova 7- 5, 2- 6, 6- 4 dan 6- 2.

Dalam bahagian wanita, pilihan kedua, Caroline Wozniacki dari Denmark, juga terkesan dengan cuaca panas apabila menewaskan juara 2011, Samantha Stosur 6- 3 dan 6- 2.

Juara Wimbledon, Angelique Kerber yang diletakkan sebagai pilihan keempat, menewaskan Margarita Gasparyan dari Rusia 76( 7/ 5) dan 6- 3 sementara Petra Kvitova menewaskan Yanina Wickmayer 6-1 dan 6- 4.

Pemain tuan rumah, Madison Keys, menewaskan pemain Perancis, Pauline Parmentier 6-4 dan 6-4 sementara juara 2014, Maria Sharapova, menewaskan Patty Schnyder 6- 2 dan 7- 6( 8/ 6).

Sharapova mendahului 51 pada set kedua tetapi gagal menamatkan permainan sehingga memaksa Schnyder mengikat kedudukan 5- 5 dan kemudian 6- 6 untuk membawa ke permainan tiebreak. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUHU TINGGI: Djokovic meletakkan tuala ais selepas diberikan rehat selama 10 minit ketika beraksi menentang Fucsovics pada pusingan pertama Terbuka AS di New York, Amerika Syarikat Selasa lepas.
— Gambar AFP SUHU TINGGI: Djokovic meletakkan tuala ais selepas diberikan rehat selama 10 minit ketika beraksi menentang Fucsovics pada pusingan pertama Terbuka AS di New York, Amerika Syarikat Selasa lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? KELETIHAN: Reaksi Kvitova ketika menentang Wickmayer pada kejohanan tenis Terbuka AS di New York, Amerika Syarikat Selasa lepas.
— Gambar AFP KELETIHAN: Reaksi Kvitova ketika menentang Wickmayer pada kejohanan tenis Terbuka AS di New York, Amerika Syarikat Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia