Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK IKRAR LAKUKAN TERBAIK

Skuad muaythai sasar rangkul empat pingat emas pada SUKMA XIX di Perak pada September ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Skuad muaythai Sarawak bersedia memberikan yang terbaik untuk memburu sasaran empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) di Perak bakal berlangsun­g dari 15 hingga 21 September ini di Dewan Serba Guna na Majlis Daerah Gerik, Perak. rak. Jurulatih h Sarawak kelahiran Kelantan, Muhammad Azan Mohd Nazri zri berkata atletatlet negeri eri semakin mennunjukk­an peningkata­n dan per- caya mereeka mampu pu memberii - kan kejutan an pada te- masya SUUKMA kali li ini.

“Saya yakin dengan kemamemamp­uan atlet- et- atlet kita memberikan berikan cabaran sengit kepada pasukansuk­anpasukan lain ain termasuk negeri-neggeri-negeri yang memang emang tradisinya kuat dalam m sukan muaythai seperti Kedah, dah, Kelantan dan Terengganu. nu “Malah, p petinju-petin inju Borneo me mempunyai reput reputasi tinggi kalanga kalangan atlet-atlet di Sem Semenanjun­g Malaysi Malaysia kerana mampu mencabar atlet-atlet terbabit,” katanya d di sini semalam. Menuru Menurut Mohd Azan, Sara Sarawak berpeluang memenan memenangi pingat kerana sistem pemarkahan pada SUKMA ini berdasarka­n kiraan mata berbanding sistem kalah singkir yang dipraktikk­an pada pertanding­an profesiona­l.

Katanya, keyakinan itu ditambah dengan komitmen tinggi serta kerja keras ditunjukka­n atlet-atlet semasa mereka berlatih di kem latihan, Eagle Gym Sibu.

“Dalam latihan, saya memberi penekanan terhadap teknik, taktikal dan stamina kerana semua faktor itu sangat penting dalam sukan muaythai,” tambah beliau.

Menurutnya, atlet- atlet Sarawak telah membuat persediaan rapi untuk SUKMA kali ini dan beberapa atlet memenangi pertanding­an peringkat kebangsaan malah ada atlet menggondol pingat emas kejohanan di Thailand pada 2013.

Sarawak menyenarai­kan seramai 14 atlet iaitu lapan lelaki dan enam wanita yang dipilih dari Kuching, Miri, Lundu, Bintulu dan Engkilili.

Petinju lelaki ialah Ayu Addyqa Azmi, Prtasarath­ee Punniyamoo­rthy, Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya, Mohd Azhar Abdul Razak, Elias Ghazali Zulfikar, Morris Hii Zhen, Kabilan Jelevan Thiagaraja­n dan Abang Muhammad Uqail Abang Mustapha.

Manakala atlet wanita ialah Ranti Niza Jina, Ellyana Awie Tigang, Aurora Xinghua, Effa Izzarina Herrizan, Elia Zonia Augustine dan Diana Acha Bakit.

Selain Muhammad Azan, atlet-atlet turut dilatih oleh Tang Hui Ding, Farid Dahalan dan Ali Mos manakala Norizan Ibrahim selaku pengurus pasukan.

Ketika ini, seramai 10 atlet menjalani latihan berpusat di Eagle Gym, Sibu sejak 12 Ogos hingga 2 September depan.

Kontinjen muaythai Sarawak akan berangkat ke Perak pada 12 September ini. IPOH: Perak menyasarka­n dua pingat emas bagi acara bola baling lelaki dan wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke- 19 Perak 2018, yang akan berlangsun­g September depan, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan Chow.

Beliau berkata sasaran itu diletakkan selepas melihat kepada pencapaian semasa pasukan bola baling wanita negeri yang menjuarai kesemua lima kejohanan yang disertai iaitu Kejohanan Terbuka Putrajaya, Kejohanan Terbuka Universiti Malaysia Terengganu, Kejohanan Terbuka Universiti Pendidikan Sultan Idirs, Kejohanan Kebangsaan Pulau Pinang dan Kejohanan Kebangsaan Terengganu.

“Pasukan lelaki pula berjaya merangkul satu kejuaraan dan empat naib juara bagi kesemua kejohanan itu.

“Jadi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, harap pada SUKMA ini biar kita (Perak) menang,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n jersi korporat oleh Syarikat Kumpulan Mimbar Nusantara kepada pemain pasukan bola baling di Unit Sukan Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata acara bola baling adalah antara acara penyumbang pingat emas kepada negeri itu.

“Kali terakhir Perak memenangi pingat emas dalam acara bola baling adalah pada SUKMA 2013 di Kuala Lumpur bagaimanap­un acara itu tidak dipertandi­ngkan di SUKMA lepas,” katanya.

Sebanyak 427 pingat emas dipertandi­ngkan pada SUKMA 2018 melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah di Perak.

Temasya dwitahunan itu melibatkan 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara yang berlangsun­g pada 12 hingga 22 September ini. — Bernama

Saya yakin dengan kemampuan atlet-atlet kita memberikan cabaran sengit kepada pasukanpas­ukan lain termasuk negerinege­ri yang memang tradisinya kuat dalam sukan muaythai seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Muhammad Azan Mohd Nazri Jurulatih Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSEDIA: BERS Petinju-petinju muaythai Sarawak bersama (dari tiga kanan) Tang, Norizan (tiga kiri), Azan dan jurulatih lain pada sesi latihan di Eagles Gym, Sibu.
BERSEDIA: BERS Petinju-petinju muaythai Sarawak bersama (dari tiga kanan) Tang, Norizan (tiga kiri), Azan dan jurulatih lain pada sesi latihan di Eagles Gym, Sibu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia