Utusan Borneo (Sarawak)

Dicekup ketika asyik lerai komponen motosikal

Remaja ditahan di rumah kosong di lot Sungai Plan ketika polis mengadakan rondaan cegah jenayah

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Seorang remaja lelaki dicekup ketika sedang asyik meleraikan komponen sebuah motosikal disyaki dicuri di kawasan rumah kosong di penempatan baharu lot Sungai Plan, Tanjung Kidurong sekitar jam 5 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, remaja berusia 16 tahun terbabit ditahan semasa sepasukan polis yang diketuai Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti ( JPJKK) ASP Johny James dan Ketua Balai Polis Kidurong Sarjan Norhasmadi Hasin membuat rondaan program cegah jenayah dan ‘Community Policing’ dengan berjalan kaki di kawasan pasar baharu dan lama di kawasan penempatan Sungai Plan tersebut.

“Semasa tiba di kawasan rumah kosong tidak bernombor perumahan baharu Lot Sungai Plan mereka ternampak sebuah motosikal dalam keadaan mencurigak­an di rumah tersebut.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas rumah kosong tersebut didapati seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 16 tahun sedang meleraikan sebuah motosikal,” ujarnya dalam kenyataann­ya di sini semalam.

Selepas diperiksa katanya, motosikal tersebut didapati pernah dilaporkan hilang pada 14 Ogos 2018.

Susulan itu katanya, remaja tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan permohonan reman terhadap remaja itu dibuat semalam.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Pemeriksaa­n lanjut ke atas rumah kosong tersebut didapati seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 16 tahun sedang meleraikan sebuah motosikal. Superinten­den Zulkipli Suhaili Ketua Polis Daerah Bintulu

 ??  ?? PERIKSA: Johny dan Norhasmadi memeriksa motosikal disyaki dicuri yang dileraikan oleh remaja tersebut.
PERIKSA: Johny dan Norhasmadi memeriksa motosikal disyaki dicuri yang dileraikan oleh remaja tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia