Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki rogol anak kandung direman tujuh hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun diperintah­kan Mahkamah Majistret Batu Niah supaya direman tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Pegawai Daerah Subis Jamalie Rusli setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Noor Rahimah Hashim dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Rahimah memberitah­u pada 26 Ogos lalu, seorang wanita telah membuat laporan di Balai Polis Batu Niah.

Dalam aduannya, pengadu, 37, mendakwa sekitar jam 9.30 malam, 25 Ogos lalu, ketika berada di sebuah rumah panjang di Sungai Sebubu, Ulu Niah, beliau telah diberitahu oleh salah seorang wanita di rumah panjang terbabit bahawa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok berhampira­n ladang di Lamaus Ulu telah merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun.

Menurut pengadu, lelaki yang dimaksudka­n itu merupakan anak saudaranya. Beliau yang berasa kasihan terhadap mangsa, kemudian tampil membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 3.10 petang, 28 Ogos lalu, polis berjaya menahan seorang lelaki di sebuah rumah kebun yang terletak di kawasan Lemaus Ulu, Niah kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Rahimah memberitah­u reman selama tujuh hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 37 tahun dari Sungai Ensiat, Ulu Niah amat diperlukan untuk membantu siasatan lanjut polis yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Selain itu katanya, polis masih memerlukan masa untuk mendapatka­n laporan perubatan mangsa dari Hospital Miri, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah membenarka­n reman selama tujuh hari ke atas suspek sehingga 5 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia