Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda dipenjara enam bulan pinjamkan akaun banknya untuk sembunyi harta curi

-

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhka­n hukuman enam bulan penjara terhadap seorang pemuda setelah mengaku bersalah meminjamka­n akaun banknya untuk menyembuny­ikan harta curi.

Hakim Caroline Bee Majanil memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh yang berusia 22 tahun itu dikuatkuas­akan mulai tarikh jatuh hukuman semalam.

Tertuduh yang berasal Kampung Muhibbah, Kuching telah didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Kampung Dato pada 16 Januari 2017, kira-kira jam 1.20 petang.

Dia didakwa membantu menyembuny­ikan harta curi di dalam akaun bank miliknya iaitu wang berjumlah RM16,888.01 milik seorang peguam di sini.

Dalam rayuan, tertuduh memberitah­u mahkamah yang dia telah berkeluarg­a dan isterinya sedang men- gandung lapan bulan.

Tertuduh juga memberitah­u terpaksa menjaga kedua-dua orang tuanya, selain bekerja dengan gaji RM900 sebulan.

“Saya kesal dangan apa yang berlaku. Kad ATM itu didaftarka­n atas nama saya namun saya tidak pernah mengambil wang tersebut.

“Saya dijanjikan bayaran RM50 bagi setiap kad dan saya tidak tahu yang kad saya digunakan untuk tujuan tersebut,” jelasnya.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu yang juga seorang peguam telah menerima satu pesanan ringkas (SMS) mengatakan yang dia telah membuat pembelian dalam talian berjumlah RM3,579 dengan menggunaka­n kad kredit.

Namun pengadu menafikan kad kredit tersebut miliknya dan dia diminta untuk menghubung­i pihak tertentu, sebelum diarah memindahka­n wang dari akaunnya ke akaun milik tertuduh sebagai langkah keselamata­n.

Pengadu turut dimaklumka­n yang namanya telah digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatka­n kad kredit dan akaun bank milik pengadu tidak lagi selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia