Utusan Borneo (Sarawak)

KM puas hati pengagihan dana, pelaksanaa­n projek RTP

Pertemuan tertutup Abg Johari dengan ADUN GPS sentuh pelbagai perkara berhubung RTP, membiasaka­n Ahli Parlimen

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pelaksanaa­n projek- projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) berjalan lancar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau berpuas hati dengan pengagihan dana dan pelaksanaa­n projekproj­ek RTP di Sarawak.

“Ya, untuk ADUN semuanya baik. Saya berpuas hati dan gembira dengan pengagihan, pemantauan dan pelaksanaa­n RTP di bawah mereka.

“Sekarang, kita mahu membiasaka­n Ahli Parlimen (GPS) mengenai proses pengagihan dana, kelulusan dan pemantauan RTP. Ini kerana mereka masih baharu kepada RTP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Amanat Ketua Menteri Bersama ADUN GPS di sebuah hotel di sini, semalam.

Abang Johari berkata, perkara-perkara mengenai proses kelulusan, pemantauan dan pelaksanaa­n projek RTP disentuh dalam pertemuan yang berlangsun­g secara tertutup selama kira-kira dua jam itu.

Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, Ahli Parlimen GPS perlu dimaklumka­n mengenai perkara itu memandangk­an tahun ini adalah kali pertama mereka mendapat peruntukan RTP bagi konstituen­si masing- masing.

“Mereka (Ahli Parlimen) dimaklumka­n mengenai proses kelulusan projek- projek RTP kita. Itu sahaja, tiada perkara lain (disentuh), hanya mengenai RTP.

“Perbincang­an turut meny- entuh bagaimana pengagihan (dana) dan pemantauan projek-projek RTP, itu sahaja. Kita mahu Ahli Parlimen kita tahu dan biasa dengan proses kelulusan RTP kerana ia sesuatu yang baharu kepada mereka,” jelasnya.

RTP yang diperkenal­kan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada 2014 pada mulanya hanya diberikan kepada ADUN, bagaimanap­un bermula tahun ini ia diperluask­an kepada Ahli Parlimen selepas kerajaan persekutua­n diambil alih Pakatan Harapan (PH) ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Bermula tahun ini, Ahli Parlimen GPS diperuntuk­kan RM5 juta iaitu jumlah sama diberikan kepada ADUN GPS bagi membolehka­n pelaksanaa­n projek infra- struktur luar bandar yang bernilai RM50,000 hingga RM100,000.

Selain itu, Ahli Parlimen GPS mendapat peruntukan RM200,000 setahun daripada kerajaan negeri bagi mengurus pusat khidmat masingmasi­ng.

RTP merupakan usaha kerajaan negeri untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek-projek infrastruk­tur luar bandar menggunaka­n dana sendiri.

Hadir sama pada majlis itu dua Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian, Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh dan ADUN Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.

Sekarang, kita mahu membiasaka­n Ahli Parlimen (GPS) mengenai proses pengagihan dana, kelulusan dan pemantauan RTP. Ini kerana mereka masih baharu kepada RTP. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TUMPUAN: Abang Johari ketika ditemu bual wakil media selepas Majlis Amanat Ketua Menteri Bersama ADUN GPS, semalam.
TUMPUAN: Abang Johari ketika ditemu bual wakil media selepas Majlis Amanat Ketua Menteri Bersama ADUN GPS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia