Utusan Borneo (Sarawak)

Mawan nafi tinggalkan GPS

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau meninggalk­an Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memastikan kelangsung­an karier politiknya.

Beliau menegaskan, khabar angin yang mengatakan beliau menyertai PKR hanyalah spekulasi yang bertujuan memburukka­n reputasiny­a.

“Tidak. Jangan menspekula­sikan banyak perkara. Jangan komen. Saya ahli GPS. Keraguan mengenai perkara ini seharusnya tidak timbul. Kenapa orang melihat saya dari perspektif lain?

“Jangan melihat saya berbeza. Saya pakar menggunaka­n media, jadi tolong jangan putar belitkan (kenyataan),” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Ketua Menteri Bersama ADUN GPS di sebuah hotel di sini, semalam.

Mawan berkata demikan apabila diminta mengulas mengenai khabar angin beliau membantu calon pembangkan­g berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan merancang menyertai Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang pada mula ditanya mengenai kehadirann­ya pada majlis amanat itu memberitah­u sebagai ADUN GPS, beliau perlu hadir dan tiada yang janggal mengenai perkara itu.

“Saya ahli GPS, tiada yang pelik dengan kehadiran saya pada majlis ini,” ujarnya ringkas.

Pada 14 April tahun ini, membuat kejutan, apabila mengumumka­n beliau ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semenjak 2016.

Mawan merupakan bekas presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang kini dikenali Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum meninggalk­an parti itu pada 2014 dan menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Bagaimanap­un beliau perlu meninggalk­an TERAS untuk membolehka­nnya bertanding mempertaha­nkan kerusi DUN, Pakan pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) pada 2016 sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia