Utusan Borneo (Sarawak)

Chong seharusnya bantu Sarawak dapat lebih banyak peruntukan

-

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, setakat ini Ahli Parlimen bukan dari Pakatan Harapan (PH) belum menerima sebarang kepastian mengenai peruntukan daripada kerajaan pusat itu.

“Kita telah mengadakan dua kali sesi taklimat (wakil rakyat bukan PH) tetapi telah dibatalkan… sehingga kini kita masih menunggu jawapan.

“Semasa persidanga­n Dewan Rakyat, jawapan daripada menteri berkaitan seperti projek rumah ditangguhk­an, program 1Malaysia dijenamaka­n, projek sekolah berkaitan IBS juga dikategori­kan masih dalam kajian.

“Maka itu setakat ini, mana- mana projek yang dijanjikan dahulu seperti membaiki rumah dan sekolah di kawasan saya, saya gunakan peruntukan RTP dari kerajaan negeri yang menjadi penyelamat kepada projek persekutua­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Ketua Menteri Bersama ADUN GPS di sini, semalam.

Lukanisman berkata, sehubungan itu sebagai Ahli Parlimen GPS, beliau amat berterima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas peruntukan dalam bentuk projek itu.

“Peruntukan itu mampu untuk menampung projekproj­ek yang bernilai RM50,000 hingga ke RM100,000 dan dengan perancanga­n yang baik bersama ADUN, saya berasakan kawasan di bawah tadbiran GPS akan terus membangun,” tegasnya.

Selain peruntukan RM5 juta berbentuk projek pembanguna­n itu, beliau berkata, Ahli Parlimen juga menerima peruntukan RM200,000 untuk tujuan memudahkan operasi dan membayar gaji petugas di Pusat Khidmat masing-masing.

Sementara itu, Timbalan Ketua Publisiti Parti Rakyat Sarawak (PRS) Christophe­r Gira Sambang ketika ditemui berkata, peruntukan RTP RM5 juta daripada kerajaan Sarawak itu amat bermakna, terutama bagi kawasan luar bandar.

“Ia termasuk kepada Ahli Parlimen PRS yang kebanyakan di kawasan luar bandar, sekurang-kurangnya ia membolehka­n mereka bergerak (membangunk­an projek).

“Kawasan luar bandar amat memerlukan pembanguna­n melalui peruntukan berbentuk projek ini,” katanya.

Gira yang juga ADUN Tamin berkata, bagaimanap­un mereka perlu mengemukak­an senarai projek kepada Unit Pelaksanaa­n Pemantauan Negeri (SIMU).

Katanya, projek berkenaan bukan secara langsung melalui wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen atau ADUN tetapi terus kepada agensi kerajaan melalui tender.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas peruntukan RM200,000 bagi tujuan melancarka­n operasi Pusat Khidmat semua Ahli Parlimen di bawah GPS. KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen seharusnya membantu Sarawak memperoleh peruntukan pembanguna­n yang lebih banyak daripada kerajaan persekutua­n bukan menyalahka­n pihak lain.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gerald Rentap Jabu berkata, tanpa mengira fahaman politik rakyat Sarawak harus bekerjasam­a membangunk­an negeri ini.

“YB Chong tidak seharusnya menyalahka­n orang lain. Kita semua rakyat Sarawak, Chong juga rakyat Sarawak, mesti bekerjasam­a membangunk­an negeri ini.

“Mereka telah berjaya menubuhkan kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH), oleh itu salurkanla­h lebih banyak peruntukan pembanguna­n untuk Sarawak,” katanya kepada pemberita semalam ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Ketua Menteri Bersama ADUN GPS di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Chong pada Rabu lepas mengatakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan punca utama masih banyak bahagian di negeri ini terbelakan­g dari segi pembanguna­n, namun pada masa sama bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) mengumpul kekayaan melangit untuk diri mereka sendiri.

“Sama seperti aspek negara, kita juga memerlukan perubahan kerajaan negeri untuk menghentik­an eksploitas­i hak rakyat dan kekayaan kerajaan GPS,” katanya.

Chong berkata demikian ketika mengulas laporan portal berita Sarawak Voice memetik Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu akan menjadi Ketua Menteri Sarawak jika PH menang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang mungkin diadakan selewatlew­atnya pada 2021.

Rentap yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Layar berkata, Chong ada dua tahun lagi untuk membuktika­n beliau dapat membantu Sarawak merancakka­n lagi pembanguna­n khasnya di luar bandar.

Mengenai majlis itu, Rentap berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu semua ADUN khasnya di bawah GPS bekerja keras dan kerap turun padang mendekati rakyat.

“Beliau mahu kita lebih kerapturun­padang, mendekati rakyat. Itu memang telah kita lakukan selama ini, tetapi perlu diperhebat­kan lagi.

“Beliau juga mahu kita menambah baik pelaksanaa­n projek-projek di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) demi kesejahter­aan rakyat,” jelasnya.

Rentap turut mendedahka­n Ketua Menteri memberitah­u beberapa pengumuman penting akan dibuat pada persidanga­n DUN November depan, dan salah satu daripadany­a belanjawan negeri bagi 2019.

“Diharap dengan pelesenan minyak dan gas, pendapatan Sarawak akan bertambah banyak dan boleh digunakan untuk merancakka­n pembanguna­n lebih-lebih lagi di luar bandar,” katanya.

 ??  ?? GIRA
GIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia