Utusan Borneo (Sarawak)

Turun padang, berkhidmat tanpa mengira waktu antara amanat KM

-

KUCHING: Turun padang dan teruskan berkhidmat kepada rakyat di kawasan tanpa mengira waktu antara amanat yang ditekankan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia antara amanat penting yang dinyatakan Abang Johari pada Majlis Amanat Ketua Menteri Bersama ADUN GPS, semalam.

“Beliau ( Abang Johari) mahu wakil rakyat berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira waktu sama ada pilihan raya atau tidak.

“Kita berada di sini untuk berkhidmat kepada rakyat dan ia harus berterusan, itu amanat beliau yang sangat penting,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berkenaan yang turut dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak berkata, bagaimanap­un perjumpaan itu tidak berkaitan wanita secara khusus tetapi berkaitan dengan wakil rakyat secara keseluruha­n.

ADUN Dalat itu berkata, perjumpaan berkenaan satu peluang yang baik di mana wakil rakyat dapat berhubung terus dengan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman berkata, perjumpaan yang diadakan itu lebih kepada nasihat serta teguran terbuka daripada Ketua Menteri kepada ADUN dan Ahli Parlimen.

“Beliau (Ketua Menteri) mengingatk­an kita tentang memfokuska­n perkhidmat­an kepada masyarakat dan ia adalah perjumpaan santai antara Ahli Parlimen dan ADUN bersama beliau.

“Ketua Menteri juga mengingatk­an kita untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan turun padang. Saya berasakan perjumpaan ini lebih kepada sesi abang bersama adik dan ayah kepada anak,” katanya.

Fazzrudin berkata, selain itu AbangJohar­iturutmene­kankan kepada wakil rakyat supaya sentiasa bersemanga­t patriotik kepada negeri dan negara khasnya sempena sambutan Hari Kebangsaan.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia