Utusan Borneo (Sarawak)

Chong harus bersikap profesiona­l, jalankan tanggungja­wab timbalan menteri: Fazzrudin

-

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen diiingatka­n agar bersikap profesiona­l dan menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai timbalan menteri.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sepatutnya kurang berpolitik.

“Sebaliknya beliau harus melihat pembanguna­n di Sarawak secara bersama, iaitu apa yang boleh disumbangk­an dan boleh dibuat kementeria­nnya bersama kerajaan negeri demi pembanguna­n Sarawak.

“Berbanding hanya menuding jari serta menyalahka­n sesiapa, menyalahka­n Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyalahka­n kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu tentang kurangnya kemajuan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Ketua Menteri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) di sini, semalam.

Fazzrudin yang juga ADUN Tupong berkata, Chong sepatutnya memahami tanggungja­wab kerajaan persekutua­n dan tanggungja­wab kerajaan negeri untuk pembanguna­n.

Katanya, jika dibandingk­an Sarawak mempunyai keluasan yang hampir sama besar dengan Semenanjun­g.

“Bagaimanap­un peruntukan disalurkan kepada Sarawak tidak memadai dan tidak konsisten dengan keluasan negerinya.

“Ia telah berubah sejak bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem mengambil alih di mana beliau memperjuan­gkan hak Sarawak.

“Beliau menuntut lebih peruntukan, lebih kuasa, lebih sumber disalurkan kepada Sarawak dan kemudian disambung oleh Ketua Menteri kita sekarang, Datuk Patinggi Abang Johari Openg,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia