Utusan Borneo (Sarawak)

Empat parti akan dapatkan konsensus tubuh Sarawak Baru

-

KUCHING: Empat parti iaitu Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) akan mendapatka­n konsensus untuk menubuhkan Sarawak Baru.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden STAR yang juga pengasas Sarawak Baru, Lina Soo dalam kenyataan medianya semalam.

Beliau berkata, empat parti itu telah mengadakan pertemuan untuk membincang­kan langkah seterusnya iaitu menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dalam waktu terdekat.

Katanya, pengumuman untuk membentuk Sarawak Baru mendapat sambutan menggalakk­an dan positif kerana ramai rakyat Sarawak berasakan negeri ini berada dalam kedudukan yang unik sebagai wilayah dalam Persekutua­n Malaysia yang ditubuhkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dengan kepentinga­n minyak dan kedaulatan negeri perlu dilindungi sepenuhnya.

Justeru katanya, Sarawak Baru akan berusaha untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mahu melihat Sarawak makmur dan harmoni, yang mana rakyat negeri ini akan mentadbir sumber untuk ekonomi yang lebih baik dan masyarakat yang lebih progresif.

Beliau turut berkata, Sarawak Baru mengalu-alukan parti-parti dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di negeri ini yang mempunyai kepentinga­n sama untuk menyertai pakatan itu.

Terdahulu, empat pemimpin yang mengadakan pertemuan itu semalam ialah Lina, Presiden PBDSB Cobbold John, Presiden SWP Munan Laja dan Setiausaha Agung TERAS Banyi Beriak.

 ??  ?? RESPONS POSITIF: (Dari kiri) Cobbold, Banyi, Munan dan Lina merakamkan kenangan pada pertemuan di Kuching, semalam.
RESPONS POSITIF: (Dari kiri) Cobbold, Banyi, Munan dan Lina merakamkan kenangan pada pertemuan di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia