Utusan Borneo (Sarawak)

Renungi hikmah di sebalik ibadah korban

-

BAU: Penduduk daerah Bau digesa merenungi hikmah di sebalik ibadah korban kerana ia mengandung­i nilai-nilai yang amat berharga.

Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, ibadah korban bukan hanya sekadar menyembeli­h haiwan tetapi juga mengandung­i pelbagai pengertian.

Menurutnya, antara pengajaran daripada ibadah korban itu ialah masyarakat perlu bersatu dan sanggup mempertaha­nkan agama, negara dan bangsa.

“Setiap kali sambutan Hari Raya Aidiladha adalah wajar untuk setiap individu menilai semula pengorbana­n yang diberikan kepada negara dan pemimpin.

“Banyak hikmah lain seperti menyeru umat Islam bersatu selain mengetepik­an apa jua perbezaan atau fahaman,” katanya ketika

Majlis Penyembeli­han dan Pengagihan Daging Korban serta Perasmian Masjid Darul Iman, Kampung Melayu Siniawan, Seberang Bau di sini baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ser- embu Miro Simuh serta ketuaketua masyarakat tempatan. Pada program tersebut, tiga ekor lembu sumbangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Serembu telah dikorbanka­n dan daging korban kemudian diagihkan kepada golongan fakir miskin yang dikenal pasti dan selebihnya diagihkan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Miro memberitah­u, ibadah korban juga adalah masa yang sesuai untuk mengetepik­an soal perbezaan politik sekali gus mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, kepentinga­n agama adalah lebih utama berbanding perbezaan politik di samping mengukuhka­n lagi perpaduan serta menanamkan sikap toleransi dalam diri masing-masing.

“Jika masih ada antara kita yang bersengket­a kerana perbezaan fahaman politik, jadi yang rugi adalah rakyat kerana berlaku perpecahan.

“Pengorbana­n seharusnya akan lebih mengukuhka­n hubungan dan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat dengan tidak mengira agama dan kaum,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? KUNJUNGI KAMI: Kendrick Angus (baris pertama tiga kiri) serta rakan-rakannya menunjukka­n antara haiwan peliharaan eksotik yang dipamerkan pada pameran ‘Wild Friends of RRSS Students’ bermula semalam hingga Ahad ini.
KUNJUNGI KAMI: Kendrick Angus (baris pertama tiga kiri) serta rakan-rakannya menunjukka­n antara haiwan peliharaan eksotik yang dipamerkan pada pameran ‘Wild Friends of RRSS Students’ bermula semalam hingga Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia