Utusan Borneo (Sarawak)

Saksikan haiwan peliharaan eksotik pada ‘Wild Friends of RRSS Students’

-

MIRI: Orang ramai yang ingin melihat secara dekat haiwan peliharaan eksotik berpeluang berbuat demikian pada pameran ‘Wild Friends of RRSS Students’ bermula semalam hingga Ahad ini.

Pameran berlangsun­g di Tingkat 2, Old Wing Bintang Megamall bermula jam 10 pagi hingga 9 malam.

Anjuran pelajar Riam Road Secondary School (RRSS), pameran itu adalah sebahagian daripada Pesta Usahawan Miri Ke-18 (MITRAF 18) anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd.

Guru penyelia pameran terbabit Leong Hong Kit berkata, ia adalah aktiviti julung kali diadakan di luar pekarangan RRSS.

“Untuk kali ini, kita mahu berkongsi pengalaman para pelajar yang mempunyai hobi memelihara haiwan eksotik dengan masyarakat luar.

“Pada masa sama, kita juga ingin mempromosi­kan hobi tersebut dan meningkatk­an rasa sayang terhadap haiwan peliharaan yang dianggap eksotik dan jarang dipelihara,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Jelas Leong, dengan bayaran masuk hanya RM2, pengunjung bukan sahaja berpeluang melihat secara dekat, malah boleh menyentuh dan bertanya mengenai cara-cara penjagaan haiwan peliharaan tersebut.

Sementara itu, pengerusi penganjur Kendrick Angus Tho Wen Hua memberitah­u, lebih 20 spesies haiwan peliharaan dipamerkan.

“Berkongsi hobi sebegini turut memberi peluang kepada para pelajar menimba pengalaman mengendali­kan pameran dengan kehadiran pengunjung luar.

“Malah, ini juga mengajar erti kesabaran dalam mengendali­kan aktiviti dan pada masa sama, men- jaga haiwan peliharaan tersebut,” ujarnya.

Antara haiwan peliharaan yang bakal menarik perhatian pengunjung ialah ‘Argentina Red Tegu’, ‘Axolotl’, ‘Ball Python’ ‘Pacman Frog’, ‘Carpet Python’, ‘Black Dragon’, Mini Hedgehogs’ dan ‘Bearded Dragon.’

Sejumlah 118 gerai jualan termasuk di pekarangan Bintang Megamall Miri mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an sepanjang tempoh empat hari MITRAF 18.

Ini termasuk barangan elektronik dan elektrik, produk dapur, penambahba­ikan rumah, keselamata­n dan pemantauan, pembanguna­n hartanah, makanan dan minuman, teknologi maklumat, produk kecantikan, telekomuni­kasi, pendidikan, pelanconga­n dan percutian, kraftangan, produk kesihatan serta banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia