Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n cukai dikenakan mengikut Akta Cukai Perkhidmat­an 2018, kata Datuk Bandar Adam Yii

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kupon parkir Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak terkecuali dari dikenakan cukai perkhidmat­an sebanyak enam peratus dengan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) mulai 1 September ini.

Datuk Bandar Adam Yii memberitah­u, cukai dikenakan mengikut Akta Cukai Perkhidmat­an 2018.

“Bermula 1 September, semua kupon parkir akan dijual dengan tambahan cukai enam peratus. Kupon yang dibeli sebelum tarikh itu masih boleh lagi digunakan,” jelas beliau kepada pemberita petang semalam.

Dengan pelaksanaa­n SST, cukai jualan dikenakan 10 peratus sementara cukai perkhidmat­an adalah enam peratus.

Beliau memberitah­u, sebuku kupon yang memiliki 10 keping kupon akan dijual dengan harga RM4.25 berbanding RM4 sebelum cukai.

Sebuku kupon untuk tem- poh satu jam yang sebelum ini berharga RM16 akan dinaikkan kepada RM16.95 dan kupon untuk tempoh sehari dari RM50 kepada RM53.

Sekeping kupon untuk tempoh sehari akan dijual dengan harga RM5.30 dari RM5.

Untuk tempat letak kereta di Zon Biru, bayaran kupon bulanan adalah RM106 dari RM100, suku tahun adalah berharga RM318 dari RM300 dan tahunan adalah RM1, 272 dari RM1, 200.

Sementara untuk Zon Hijau, bayaran bulanan adalah RM53 dari RM50, bayaran suku tahun adalah RM159 dari RM100 dan bayaran tahunan adalah RM636 dari RM600.

Pada 2015, kerajaan negeri menyerap Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bagi perkhidmat­an- perkhidmat­an perbandara­n dan kerajaan negeri.

Ia untuk membantu mengurangk­an beban kos peningkata­n hidup selepas pelaksanaa­n GST oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada April 2015.

Di bawah tampuk pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan (PH), Kementeria­n Kewangan menetapkan GST dikenakan pada kadar sifar bermula 1 Jun lalu.

Bagi menggantik­an GST, SST diperkenal­kan semula sebagai sebahagian daripada program pembaharua­n fiskal yang sedang dalam pelaksanaa­n.

Bermula 1 September, semua kupon parkir akan dijual dengan tambahan cukai enam peratus. Kupon yang dibeli sebelum digunakan. ” tarikh itu masih boleh lagi Adam Yii Datuk Bandar MBM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia