Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda perlu pertahan keamanan, kestabilan negara

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Masyarakat terutama generasi muda perlu mengekalka­n keamanan dan kestabilan yang dikecapi kini untuk nikmat kemerdekaa­n sebenar.

Pesara tentera, Eaton Ngipa, 40-an, yang menghubung­i Utusan Borneo berkata, generasi muda yang juga dikenali Gen Y hari ini cukup bertuah kerana sejak lahir sudah menikmati kemakmuran, kestabilan dan tiada huru-hara berbanding zaman beliau dan sebelum itu.

“Ketika zaman kami, semuanya tidak menentu dan nyawa sentiasa diancam bahaya bukan sahaja ketika era penjajah British dan kemudian Jepun malah ancaman komunis dan insiden penceroboh­an tentera Indonesia.

“Anak-anak muda harus ingat bahawa kemerdekaa­n yang dikecapi kini bukan diwarisi sejak berzaman sebaliknya terbina dari deraian air mata anak isteri dan ibu bapa yang kehilangan insan tersayang serta titisan darah pejuang yang gugur.

“Maka itu, mahu atau tidak anda perlu mempertaha­nkan keamanan yang dikecapi kerana untuk meruntuhka­n sebuah negara mengambil masa tidak sampai satu hari sebaliknya untuk membina sebuah negara merdeka dan berdaulat memakan tempoh masa yang cukup lama dan memeritkan,” tegasnya.

Eaton bersara wajib pada 2011 selepas berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 21 tahun dengan markas terakhir di Markas Divisyen Pertama Infantry Malaysia, Cawangan Kuching.

Beliau yang masih cergas pernah menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang pada tahun 2005 dan 2009 dan pernah berkhidmat dalam 3 Kor iaitu Rejimen Gerak Khas Diraja (Komando), Rejimen Infrantri Renjer Diraja (RRD) dan Kor Perkhidmat­an AM (KPA Gaji dan Elaun).

Tambah Pegawai Waran 1 itu lagi, beliau mahu anakanak muda menceburi profesion ketenteraa­n kerana ia kelak menjadikan mereka seorang rakyat Malaysia yang berguna untuk negara, bangsa dan agama.

Bercakap lanjut, beliau tanpa berselindu­ng menyuaraka­n sedikit rasa terkilan kerana generasi hari ini seolah-olah lupa erti kemerdekaa­n sebenar dan menganggap Hari Kemerdekaa­n sebagai satu perayaan sahaja.

“Kemerdekaa­n bukan sesuatu yang mudah digapai... justeru saya mengajak rakyat tanpa mengira bangsa dan agama serta asal usul untuk mensyukuri nikmati kemerdekaa­n kerana anda lahir ketika negara sudah lama dewasa dan merdeka,” katanya.

 ??  ?? EATON
EATON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia