Utusan Borneo (Sarawak)

MTA fail saman terhadap bekas Pengarah Pelajaran Negeri

-

SIBU: Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Pelajaran Negeri Rakayah Madon, kata Setiausaha Agung MTA Eddy Tuan.

Beliau berkata, saman tersebut difailkan berikutan keengganan Rakayah mengeluark­an surat kelulusan kepada pihak sekolah bagi melepaskan pelajar mereka mengambil bahagian dalam Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Zon Malaysia Timur Kali Ke-6 yang berlangsun­g dari 6 hingga 8 Julai lalu.

Katanya, Pengerusi Persekutua­n Taekwondo Sarawak (STF) Dr Henry Toh Yew King telah memfailkan saman tersebut bagi pihak MTA melalui Tetuan Wong, Orlando Chua dan Kuok Advocates di Mahkamah Majistret pada 17 Ogos lalu.

STF merupakan sebuah badan yang bernaung di bawah MTA.

Eddy berkata, mereka men- untut ganti rugi reputasi dan pampasan yang ditanggung oleh STF selepas bilangan peserta yang menyertai kejohanan susut mendadak iaitu daripada 400 atlet kepada kira-kira 60 pelajar.

Beliau berkata, tindakan tersebut tidak wajar bagi pengarah pendidikan negeri kerana ia menyebabka­n kerugian teruk kepada pihak penganjur dan ibu bapa pelajar.

MTA sebelum ini juga telah menghantar surat kepada Rakayah untuk mendapatka­n penjelasan beliau berikutan keengganan beliau mengeluark­an surat kelulusan kepada pihak sekolah bagi melepaskan pelajar mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

“Kami perlu meneruskan tindakan undang- undang selepas beliau gagal memberi respons terhadap surat berkenaan,” ujar beliau.

Menurut Eddy, STF menganjurk­an kejohanan tersebut pada minggu pertama Julai dan mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk tempoh lima tahun lalu.

“Malangnya, tahun ini, bekas Pengarah Pelajaran Negeri enggan memberi surat kelulusan kepada pihak sekolah dan ini telah menimbulka­n masalah,” ujar beliau.

Katanya, STF mengikuti segala prosedur apabila menganjurk­an kejohanan tersebut.

 ??  ?? EDDY
EDDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia