Utusan Borneo (Sarawak)

Program vaksinasi antirabies di Balai Raya Desa Wira esok

-

KUCHING: Orang ramai terutama yang memiliki haiwan peliharaan disaran untuk menyertai program vaksinasi antirabies yang diadakan di Balai Raya Desa Wira, Lorong 20, Batu Kawa di sini pada 1 September ini.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan medianya semalam, memaklumka­n program itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Sementara itu, berdasarka­n laporan Makmal Diagnosa Veterinar Negeri, Kota Samarahan bertarikh 29 dan 30 Ogos lalu mengesahka­n bahawa 11 keputusan kes positif virus rabies melalui ujian Direct Fluorescen­t Antibody Technique (FAT) terhadap sampel haiwan.

Antaranya membabit- kan kawasan Rh Lanchum, Sg Tenggang, Sri Aman; Simpang Ubah, Sri Aman; Stapok, Jalan Stephen Yong, Batu Kawa; No.406, Batu Kawa; Lorong 7G, Jalan Semaba, Batu 5, Kuching; Stapok Utara Lorong 1, Kuching; Kampung Bumbok, Kuching; No.128, Lot 3702, Lorong 4, Batu 7, Jalan Stampin Kuching; L5785, SL14, Jalan Penrissen Batu 4.5, New Express Kuching City Mall PH. 1 Kuching; NO 187A, Lorong 8A, Batu 5, Jalan Semaba dan Kampung Sg Empit, Lot 904, Lorong 3, Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, sebanyak 56 kes gigitan baharu dilaporkan semalam dengan peningkata­n sebanyak empat kes (7.7%) berbanding hari sebelumnya.

Kata kenyataan itu, sebanyak 33 kes ( 58.9%) melibatkan gigitan anjing di mana 28 kes (84.8%) melibatkan anjing peliharaan dan lima kes (15.2%) melibatkan anjing liar.

Sebanyak 22 kes (39.3%) melibatkan gigitan kucing di mana 18 kes (81.8%) kucing peliharaan dan empat (4) kes (18.2%) melibatkan kucing liar.

Manakala, terdapat satu kes (1.8%) melibatkan gigitan binturong peliharaan.

Mengenai Kawasan Yang Telah Diisytihar Wabak Rabies di negeri ini, kata kenyataan itu, jumlah keseluruha­n kawasan yang telah diisytihar­kan wabak rabies adalah sebanyak 36 kawasan di enam bahagian iaitu Kuching (5), Samarahan (3), Serian (22), Sri Aman (3), Betong (1) dan Sarikei (2).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia