Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus memastikan sambutan Hari Kebangsaan dapat terus dinikmati dalam suasana aman, harmoni

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Rakyat Malaysia perlu menyemarak­kan semangat patriotik agar masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya dapat terus menikmati sambutan Hari Kebangsaan dalam keadaan aman dan harmoni.

Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong Ling Biu berkata, Hari Kebangsaan yang diraikan setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentinga­nnya yang tersendiri.

“Ini kerana hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini.

“Dalam menyemai semangat patriotik dan cintakan tanah air, ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat mempunyai peranan yang amat penting khususnya mendidik golongan muda agar mengenal erti dan nilai kemerdekaa­n.

“Usaha ini amat penting bagi memastikan kesinambun­gan kemerdekaa­n negara mampu dikecapi sampai bila-bila,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Merdeka@ Komuniti, Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Taman Tasik Sarikei, petang kelmarin.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei

Dalam menyemai semangat patriotik dan cintakan tanah air, ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat mempunyai peranan yang amat penting khususnya mendidik golongan muda agar mengenal erti dan nilai kemerdekaa­n. Andrew Wong Ling Biu Ahli Parlimen Sarikei

itu dimeriahka­n dengan kehadiran lebih 500 penduduk setempat.

Andrew berkata, tema Hari Kebangsaan 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’ amat bertepatan kerana ia memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya sama-sama menzahirka­n rasa cinta kepada negara.

Pada masa sama katanya, tema tersebut turut menyeru rakyat Malaysia agar menerapkan amalan hormat-menghormat­i sekali gus mencapai kesejahter­aan dan kemakmuran.

“Malaysia adalah tempat tinggal kita, kita harus ambil peduli dan kita perlukan kehidupan yang lebih baik.

“Oleh itu, kita harus bangga menjadi ‘Anak Bangsa Malaysia’ bagi mempromosi­kan keamanan dan kesejahter­aan seluruh rakyat.

“Malaysia kini sudah mencecah usia 61 tahun sejak merdeka pada 31 Ogos 1957 dan mengejar kemajuan bandar serta pembanguna­n luar bandar akan terus menjadi agenda utama kerajaan dan sentiasa diberi perhatian serius.

“Ini untuk memastikan negara kita mampu bersaing dengan negara-negara pesat membangun di dunia,” tegasnya.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu seperti pertanding­an mewarna kanak- kanak, pertanding­an pakaian beragam kanak-kanak dan dewasa, pertanding­an basikal berhias, senamrobik dan persembaha­n ‘busker’ kenegaraan.

Turut hadir Pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei Mohamad Sahrizan dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia