Utusan Borneo (Sarawak)

Uji bakat BTA mulai September terbuka kepada semua

-

SIBU: Pertanding­an pencarian bakat terbesar Borneo Talent Awards (BTA) anjuran Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) kembali dengan sesi uji bakat bermula September depan.

Sesi uji bakat terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia atau warganegar­a luar tanpa mengira peringkat umur dengan persembaha­n bakat secara individu atau berkumpula­n.

Sementara itu, sesi uji bakat pertama akan dimulakan di Boulevard Shopping Mall, Kuching pada 9 September, jam 2 petang.

Sesi uji bakat diteruskan di Boulevard Shopping Mall, Miri pada 15 September, jam 2 petang dan Farley Supermarke­t, Bintulu pada 16 September, jam 7 petang.

Suria Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah menjadi lokasi keempat sesi uji bakat yang akan diadakan pada 23 September, jam 2 petang.

Lokasi terakhir sesi uji bakat di Farley Supermarke­t, Sibu pada 29 September, jam 7 petang.

Peringkat separuh akhir dan akhir akan berlangsun­g di Sibu pada 23 dan 24 November.

Juara BTA bakal dinobatkan dengan gelaran Talent Star of The Year dan membawa pulang hadiah lumayan RM5,000 dan trofi.

Tiga pemenang untuk gelaran ‘The Most Popular Talent Award’, ‘The Most Entertaini­ng Talent Award’ dan ‘The Most Creative Talent Award’ masing-masing mendapat hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi.

Sementara itu, tujuh pemenang Special Talent Award akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan trofi.

Borang penyertaan borang didapati melalui laman web rasmi MPS www.smc.gov. my atau Facebook Borneo Talent Award.

Kesemua borang penyertaan mesti dihantar dua hari sebelum sesi uji bakat di Tingkat 23, Wisma Sanyan, 96000 Sibu atau faks kepada +6084-320340 atau email kepada borneotale­ntawards@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian MPS 084-333411 sambungan 272 kepada Caroline Jelian atau Kaunselor Wong Hie Ping 016-8668828.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia