Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel Randau Digital Sarawak di Limbang, 5 September

-

SIBU: Pusat Pembelajar­an Sibu Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menghulurk­an sumbangan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibu, baru-baru ini.

Sumbangan berbentuk cek itu disampaika­n oleh pengarah pusat Joshua Mariyam Duum kepada Pengerusi PAWE Sibu Abang Hashim Dato Sri Abang Zainuddin.

Abang Hashim merakamkan penghargaa­n kepada Pusat Pembelajar­an Sibu OUM atas sumbangan tersebut yang akan digunakan bagi menjalanka­n akiviti untuk manfaat ahli-ahlinya.

Pada majlis sama, Joshua turut memberikan sedikit taklimat berkaitan pen- didikan dan pembelajar­an sepanjang hayat.

PAWE Sibu yang terletak di No. 54, Jalan Masjid mempunyai kira-kira 100 ahli. KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak ( LMS) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak akan menganjurk­an bengkel Randau Digital Sarawak bertemakan ‘Ke Arah Masyarakat Digital’ pada 5 September nanti di Limbang.

Bengkel tersebut adalah sebagai salah satu usaha untuk mendidik pemimpin akar umbi mengenai strategi pembanguna­n dan trend di bawah agenda ekonomi digital.

Seramai ratusan peserta dijangka menyertai bengkel selama sehari tersebut, kebanyakan­nya ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dari Limbang.

Sesi bengkel itu juga akan dikendalik­an wakil- wakil kerajaan dari Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Pertanian Sarawak, Pejabat Daerah Kuching, Universiti Malaysia Sarawak dan organisasi berkaitan yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yaana Singkie (AZAM Sarawak) di 082411799 atau emel yaana@ azam.org.my.

 ??  ?? UNTUK MANFAAT AHLI: Joshua (sepuluh kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Abang Hashim sambil diperhatik­an yang lain.
UNTUK MANFAAT AHLI: Joshua (sepuluh kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Abang Hashim sambil diperhatik­an yang lain.
 ??  ?? DICEKUP: Wanita terbabit ditahan kerana disyaki menjual nombor loteri haram.
DICEKUP: Wanita terbabit ditahan kerana disyaki menjual nombor loteri haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia