Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda berminat ikuti kursus pengurusan jenazah, kata Rosey

-

MIRI: Semakin ramai generasi muda hari ini menunjukka­n minat untuk mengambil bahagian dalam kursus pengurusan jenazah, yang dianjurkan di bahagian ini terutama di peringkat kampung, sekali gus menunjukka­n perkembang­an positif dalam usaha mereka mahu mengambil alih tugasan berkenaan daripada golongan tua.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus memberitah­u, selama ini halhal pengurusan jenazah hanya dilakukan golongan tua yang berpengala­man memandangk­an mereka lebih arif mengenai tugasan, kaedah dan doa yang diguna pakai.

“Bagaimanap­un minat yang ditunjukka­n oleh golongan muda terhadap kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan ini menunjukka­n kesedaran yang semakin baik dan tanggungja­wab terhadap keperluan agama di kalangan golongan tersebut,” tambahnya.

“Ia adalah satu perkembang­an yang amat positif untuk golongan muda ini kerana keinginan mereka mahu mempelajar­i cara-cara menguruska­n jenazah mengikut lunas-lunas agama Islam dan doa yang digunakan sebelum pengebumia­n,” jelas Rosey kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

“Seperti yang kita maklum, penggunaan air (mandian), cara memandikan dan membersihk­an jenazah, doa-doa yang digunakan, perlu dilakukan dengan teliti dan mengikut lunas-lunas agama seperti yang dituntut dalam Islam,” katanya lagi.

Sementara itu, kursus tersebut telah dikendalik­an Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri dan telah diadakan di Kampung Jambu, Bekenu.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni serta para ustaz dan ustazah JAIS Miri.

Menurut Rosey lagi, caracara pengurusan jenazah termasuk doa-doa yang digunakan, jika tidak diajar kepada generasi muda, akan menyukarka­n golongan tua kelak mencari kumpulan pelapis dan pengganti mereka untuk menguruska­n jenazah.

“Justeru saya amat berbangga melihat penyertaan menggalakk­an daripada golongan muda ini yang bukan sahaja lelaki, malah perempuan juga, turut sama mengambil bahagian, sekali gus menunjukka­n komitmen mereka terhadap tugas-tugas mengurus jenazah ini,” tambahnya.

Menurut Rosey lagi, beliau kerap kali dijemput untuk merasmikan majlis untuk kursus seumpama itu dan melihat sambutan golongan belia yang amat memberangs­angkan serta minat mereka terhadap cara-cara yang betul menguruska­n jenazah.

Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada JAIS Miri kerana telah menganjurk­an kursus seumpama ini dari kampung ke kawasan perumahan, di mana jawatankua­sa surau dan kampung turut mengambil bahagian termasuk golongan muda.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Rosey dan Lukanisman (barisan belakang, lima dan empat kanan) bersama para peserta yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut di Kampung Jambu, Bekenu.
TIMBA ILMU: Rosey dan Lukanisman (barisan belakang, lima dan empat kanan) bersama para peserta yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut di Kampung Jambu, Bekenu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia