Utusan Borneo (Sarawak)

Dipercayai babit penyelewen­gan dana kerajaan berikutan siasatan terhadap JPM atau dipanggil MEIO

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai berjumlah AS$6.3 juta dan RM900,000 yang dipercayai melibatkan penyelewen­gan dana kerajaan berikutan siasatan terhadap Jabatan Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau dipanggil Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata wang tunai itu ditemui di beberapa lokasi termasuk di kawasan kediaman dan pejabat susulan penahanan lapan individu termasuk bekas ketua pengarah MEIO, seorang timbalan ketua pengarah di sebuah jabatan dan enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Beliau berkata individu kesembilan berkaitan siasatan MEIO ditahan di Kelantan kelmarin yang merupakan ahli perniagaan yang mempunyai taraf penduduk tetap di United Kingdom.

“Rampasan wang tunai terbesar (berkaitan siasatan MEIO) yang melibatkan ahli perniagaan tersebut di satu kondominiu­m di Cyberjaya yang disewa khas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Dalam sidang media itu, wang tunai tersebut dan bagasi yang dipercayai tempat menyimpan wang tersebut turut dipamerkan.

Azam berkata ahli perniagaan berumur 47 tahun dan bergelar ‘Datuk’ itu menetap di United

Rampasan wang tunai terbesar (berkaitan siasatan MEIO) yang melibatkan ahli perniagaan tersebut di satu kondominiu­m di Cyberjaya yang disewa khas. Datuk Seri Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM

Kingdom dan berada di Kelantan atas “sebab tertentu”.

Menurut Azam, siasatan yang dijalankan SPRM susulan maklumat yang diterima berhubung penerimaan wang oleh MEIO yang disyaki disalahgun­akan oleh individu tertentu.

Menurutnya, wang yang dikatakan diseleweng­kan berjumlah AS$12 juta.

Kepada soalan apa yang membuatkan SPRM percaya bahawa wang yang ditemui adalah duit kerajaan, Azam berkata apabila sejumlah wang berada di bawah kawalan pegawai kerajaan, ia menjadi harta kerajaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Sejumlah rampasan yang terdiri dari wang tunai serta beberapa utas jam tangan mewah serta sebuah komputer riba dipamerkan ketika sesi sidang media khas mengenai penyelewen­gan dana kerajaan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Sejumlah rampasan yang terdiri dari wang tunai serta beberapa utas jam tangan mewah serta sebuah komputer riba dipamerkan ketika sesi sidang media khas mengenai penyelewen­gan dana kerajaan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia